Kes Buang Bayi..

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

“Ya Allah, lembutkan lah hati ibu2 yang melahirkan anak-anak mereka untuk terus emndidik mereka.. Jangan kau biarkan hati-hati ibu2 ini dihinggapi penyakit-penyakit mazmumah yang boleh mendatangkan kecelakaan buat bayi2 mereka… Jangan Kau biarkan hati2 mereka terdetik untuk membuang mereka.. Bukalah pintu hidayah buat mereka.. Agar mereka lebih menghayati dan mengahargai kehadiran cahaya mata mereka.. amin”

Tak disangka, kes pembuangan bayi masih lagi berlarutan hingga ke hari ini..  sila klik disini.. Mengapalah manusia2 ini sanggup membuang bayi mereka tanpa ade sedikit pun nilai kemanusia dalam hati2 mereka.. Tidakkah mereka memikirkan nasib bayi2 mereka? nasib ibu2 yang masih Allah uji tanpa kehadiran cahaya mata?

Ingatlah wahai insan2 yang telah membuang bayi anda, Segeralah insaf atas perbuatan anda.. Pintu taubat masih terbuka.. Doakan lah roh anak2 anda di kalangan orang yang beriman.. Selagi nafas masih bersisa, ingatlah bahawa setiap perbuatan yang kamu lakukan akan di balas.!!! Segeralah bertaubat..

Wahai insan2 yang berniat untuk membuang bayi anda..Tidakkan anda takut tentang azab Allah? Tidakkah anda takut akan dosa yang anda lakukan akan menyebabkan anda ditarik ke neraka yang Maha Dahsyat seksaanya? Tidakkan anda takut akan tangan2 anak2 anda yang akan menolak anda terus ke neraka kerana anda gagal menjadi ibu yang mencorakkan dirinya???

Wahai manuasia? Tegakah kita membirakan isu ini berleluasa? Apakah tindakan kita? Bersama-samalah kita mendidik diri kita agar sentiasa menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah kemungkaran.. Amar makruf, nahi mungkar..

Firman-Nya di dalam surah Ali Imran ayat 110:

كُنْـتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأمُرُونَ بِالمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ المُنْكَرِ

Maksudnya:
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar.

Hati yang sekeras batu, walaupun dinasihati, dikaunseling, dimarah atau ditazkirah tetap seperti batu kecuali dilembutakn sediri oleh tuan yang memiliki hati tersebut…Dilembutkan dengan nilai2 keagamaan dalam diri.. Dilembutakan dengan sifat akhafullah(Takutkan Allah).. Dilembutkan dengan mengejar matlamat yang satu iaitu MArdhotillah…

INFO TAMBAHAN

Apa itu Maksiat???

Dari segi bahasa, dikatakan dalam Lisan al-Arab bahawa “maksiat” ialah perkataan berlawanan bagi “ketaatan”. Seorang hamba dikatakan berbuat maksiat kepada Tuhanya andai tidak mematuhi perintahNya.

Dari segi istilah, kemaksiatan adalah meninggalkan segala perintah dan mengerjakan segala laranganNya atau meninggalkan apa yang diwajibkan dan difardhukan dalam kitabNya dan sunah RasulNya serta mengerjakan apa yang dilarang Allah dan rasulullah s.a.w. sama ada dari segi perbuatan atau perkataan, yang zahir atau yang batin.

Oleh sebab itu, jauhilah maksiat kerana maksiat dan ketaatan ibarat air dan minyak yang tidak akan bercampur dalam satu bekas. Takkan terjadi maksiat dan ketaatan pada satu masa kerana saat manusia tenggelam dalam meksiat, imanya seakan-akan tercabut daripadanya buat seketika…

(Solusi isu 24, page 34)



This entry was posted in Isu Semasa. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s