Bingkisan Rindu..

Rindu itu lumrah…

Cuma penjadi persoalannya skrg, bagaimana kita nk meluahkan rindu itu..

Sesungguhnya jika rindu itu dirasai,
rindulah pada seseorang yang merindui syahid dijalanNya.
Jika rindu seseorang…
moga lebih bertambah kekuatan untuk menyintai Allah…
Jangan biarkan rindu melampaui batas hingga lupa pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaNya…”

Khas buat sahabatku, ketahuilah ana amat merinduimu.. nilai islam yang mu terapkan buat diri ini.. segala peringatan, nasihat, tunjuk ajar… sbg murabbi yang terbaik buat ana..jazakillah..

Bingkisan Rindu Lyrics

by Far East

Bingkisan Rindu
Album :
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com

Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa

Sudah bertahun lama
Kita tidak lagi bersua
Hanya tinggal kenangan
Yang tak mungkin kita lupa

Kirimkan khabar selalu
Seiringan hembusan bayu
Sekadar pengubat rasa rindu dikalbu

Pantas masa berlalu
Meninggalkan kita semua
Tanpa disedari bertambahlah usia kita

Potret lama masih kusimpan
[ Bingkisan Rindu lyrics found on http://lyrics.my ]
Kubingkaikan kenangan
Hingga terkadangku
Tersenyum sendirian

Oh perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapanku kau kan bahagia selalu

Padaku engkau penghibur duka
Pengubat hati resah kecewa
Dikala malamku kau bawa cahaya

Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa

Perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapan ku kau kan bahagia selalu

Sematkanlah bingkisan rindu dikalbu


Posted in Ukhwah | 2 Comments

Di Saat ini…..

Di saat ini, ana sangat merindui sahabat MMK KC.. Smoga kalian semua sentiasa di bawah lindungan dan rahmat dari Allah… T_T

Ya Allah, periharalah ukhwah kami…

Buat kak wahida, kak ti, kak izaty, k.syida, k.lini, kak wani, k.calm…aisyah…azila..husna..k.zira.. Uhibbukum Fiilah..

Sahabat Sejati

Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com
Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan IlahiKu biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

Sumber http://www.hijjaz.com.my

Posted in Ukhwah | Leave a comment

Kepentingan Perancangan

Perancangan sangat perlu dalam usaha kita meneruskan kehidupan ini.. Tanpa perancangan, sesuatu perkara tidak akan dapat dicapai dengan sempurna..

Banyak peristiwa di zaman Rasulullah yang berjaya disebabkan perancangan yang teliti.  Antaranya:

  • Peristiwa Hijrah
  • Perjanjian Hudaibiyah
  • Peperangan Khandak, dll

Dapat kita lihat disini, sama ada kerja yang di buat menjurus ke arah kebaikan atau kejahatan, semuanya memerlukan perancangan yang teliti demi menghasilkan kejayaan. Masalah yang dihadapi oleh umat islam sekarang ialah lemahnya dalam merancang. Cita-cita tinggi menggunung, tetapi gagal dalam merancang.

Seperti yang kita ketahui, Allah telah meletakkan sistem di dunia ini. Dan sistem2 ini tidak akan terjadi dengan sendiri tanpa sentuhan dari kita. Sebagai contoh, Api tidak akan terhasil tanpa tindak balas daripada gas or bahan kimia. Memang di tangan Allah “kun fayakun”.Tetapi, kita sebagai hambanya memerlukan sistem yang sistematik untuk berjaya. Sekiranya kita ingin menghasilan api tersebut, kita perlu merancang. Sbg contoh, apakah bahan2 yang ada untuk menghasilkan api? sekiranya tiada pencucuh or mancis, adakah jalan lain untuk menghasilkan api? sbg contoh: batu. Kerana, isi alam ini penuh dengan sistem.

Sebelum merancang, kita perlu letakkan objektif/GOAL yang hendak dicapai. Dan perancangan yang dilaksanakan mestilah diselaraskan dengan objektif tersebut.

Disini, ana ingin mengaplikasikan Software Engineering dalam contact PERANCANGAN. Dalam menghasilakn software, berpandukan waterfall model, ade 5 step yang perlu kita lakukan dalam mengahasikan software yang memenuhi syarat. 5 step tersebut ialah:

  1. Planning
  2. Analysis
  3. Development
  4. Implementation
  5. Maintenance

So, start from plan apa yang perlu kita ingin capai/lakukan.. and then,  buat pilihan mana yang kita perlu lakukan. Contoh, dalam tahun ni ana plan mahu sambung PhD, beli kereta..mendapat kerja yang tetap..Bina masjid (sbg COntoh ye). So, dari senarai tersebut, pilih mana keperluan. Apabila dah pilih, plan ape yang perlu dilakukan. Contoh: persediaan rohani, fizikal, mental & kewangan (secara random). So, bila dah senaraikan, silalah menganalysis adakah itu perlu? mcm mana nk improve? ways to achieve the goal? dll.. And we go for that one by one before kita nk developed. Means kita thinks, jalan untuk dilakukan hasil daripasa analisa tersebut.. Kita developed dalam diri kita mana yang perlu diimprovekan dan  mana yang perlu dikikis dalam diri. Finally, we are ready for achieve that goal. implement apa yang telah kita usahakan.. Amalkan dalam hidup seharian.. Gunakan segala bekalan yang dipeperolehi. Implement dalam erti kata lain lakukan secara praktikal.deliver kepada sesiapa yang memerlukan. After success, kekalkan ia. Sekiranya ada sedikit kelompangan, sedikit keretakan, sedikit error, fail, or failure, bersedialah untuk membaikinya. Bersedialah untuk memastikan agar system yang telah kita bina tidak bermasalah. Itulah kepentingan maintenance dalam segala usaha, tenaga, masa & wang yang telah kita korbankan.

sekadar coretan dari hati..=)

Posted in sembang-sembang | 2 Comments

Mardatillah~~

life so short…dont waste it~~

Kemanisan hidup pastinya dengan berpaksikan Tuhan yang Esa(Allah) bukan kejar dunia semata coz pastinya akhirat adalah yg utama.

Islam is the way of life… Belilah keredhaan Allah walaupun terpaksa menjual kebencian manusia…

Mardhotillah in our life..InsyaAllah..

Posted in Mutiara Kata | Leave a comment

33 ciri-ciri gadis muslimah

1.Solat tepat waktu

2.Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.

3.Butir bicaranya terselit dengan kalimah seperti bismillah, 4.alhamdulillah, insyaALLAH, subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.

5.Tidak mengeluh dengan masalah remeh kehidupan hariannya.

6.Bercakap dengan rendah suara.

7.Lembut dan halus tingkahlakunya.

8.Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.

9.Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.

10.Rambut, leher dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan lelaki bukan muhrim dan mereka bukan Islam.

11.Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.

12.Pandai mengambil hati orang tua.

13.Menghormati dan taat ibubapa.

14.Kesayangan keluarga dan tetangga.

15.Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.

16.Berkuku pendek sentiasa bagi menyempurnakan wudhu.

17.Rambut tak diwarnakan.

18.Banyak dan murah dengan senyuman.

19.Banyak mendengar dari bercakap.

20.Senyuman adalah ketawanya.

21.Tidak ketawa terbahak-bahak.

22.Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.

23.Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah.

24.Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.

25.Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya.

26.Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.

27.Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya.

28.Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf.

29.Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya.

30.Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan syubhah.

31.Sayangkan dan kasihan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain.

32.Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bunga.

33.Menitik-beratkan aurat yang dianggap remeh seperti tumit kaki, kaki, siku dan lengan. Caranya dengan memakai sarung tangan dan sarung kaki.

oleh Kalam Musafir

Posted in Tazkirah | 10 Comments

kesimpulan utk sem ke2 ni..

Alhamdulillah..dengan izin Allah kelas untuk  sem yang kedua telah berakhir.. Rasa happy sangat… Maknanya, setiap isnin-khamis jam 6.30pm -9.30pm tiada lagi kelas2 yang perlu di hadiri.. Masa2 tersebut boleh di isi dengan aktiviti yang sangat dirindui…T_T hukhuk,,

Untuk sem ni, ni la laporannya:

Kelas SA, terpaksa MC sehari… sakit plak time tu.. takpe2..kafarah dosa.. tapi yang malangnya, ramai plak budak2 kelas yang tak dtg..akibatnya prof  marah n yang tak dtg tu dah dpt title ‘sampah’… bila tahu je prof ckp mcm tu, terus ana jumpa prof, minta maaf n explain sbb ape tak dtg… Alhamdulillah, prof baik..

Kelas SE plak, tak dtg sekali sbb nak siapkan assignment FM. Time kawan2 menuntut ilmu di BK1, ana bertungkus lumus menyiapkan assignment di Bilik RA.. Alhamdulillah, siap malam tu jgk n kawan2 yang lain boleh pinjam.. “sharing is caring”..hehe

FM plak, ponteng satu kelas sebab nak pgi johor.. First time plak tu nk g johor.. tak penah g johor lagi tau walaupun umur dah nak menjejek ke 24 thun..huhu.. dah tua dah kan.. tapi, belajarnya tak habis2 lagi.. huhu.. P g johor tu, sbb nk teman bapa n mak sedara yang paling banyak berkorban masa, wang n tenaga semasa ana hampir 5 thun di bumi serdang ni.. lama kan… hehe

Haaa..ni kelas yang PALING BEST.. Empirical.. Prof sangat baik.. selalu panggil nama ana.. eh, ade ke prof yang tak panggil nama ana dlm kelas?? hehe.. InsyaAllah, ana akan buat yang terbaik untuk sem ni..

next week start tuk study week… Takut je rasannya.. mcm tak cukup masa je nak study.. Ya Allah bantulah hambamu ini.. Moga dapat result yang bagus.. nk jdi mcm k.ummu..  dapat 4.0.. tapi, mcm tak de  harapan je untuk paper FM..

Ok.. time tu planning…. buat time table.. InsyaAllah, pengharapanku totally to ALLAH s.w.t..

Ok… Do all assignments first before study k!

Terima kasih kepada pensyarah2, k.ummu yang banyak membantu dr sem lepas sampai sem ni (lepas ni dah tak de dalam bilik RA dah..kontrak dah habis.. Untuk k.zu jgk..bagi pinjam buku untuk evaluation…. my best friend ain n mazwin… n group member midi, joi, patma n kai herng.. moga kejayaan milik kte smua..insyaAllah…

Paling penting, restu mak n abah yang ana harapkan.. Redhoi lah segalanya.. Moga iringan n doa dari insan2 tersayang ni akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang.. Miss u mak n abah..T_T.. Terima kasih mak n abah..

Mari kita tenangkan hati kita dengan zikir ni:

Posted in Akademik.., sembang-sembang | 1 Comment

Menambah Pahala dengan Berpuasa Di Bulan Muharram

Sumber: web al-ahkam

PENDAHULUAN

Kita telah sampai ke dalam bulan Muharram. Bulan awal yang mulia ini adalah bulan pertama di dalam Kalendar Hijriah. Seperti yang kita sedia kita maklum, di dalam bulan Muharram inilah ada hari yang telah disunatkan kepada kita untuk berpuasa iaitu puasa hari Asyura. Malah, ada petunjuk dari Rasulullah juga memberi galakan untuk berpuasa pada hari kesembilan Muharram.

KELEBIHAN

عن أبي هريرة t قال : قال رسول الله r : ( أفضلُ الصيام بعد رمضان شهرُ الله المحرم ، وأفضلُ الصلاة بعد الفريضة صلاةُ الليل ) وفي رواية: ( الصلاة في جوف الليل )

Daripada Abu Hurairah Radiyallahuanh berkata : bahawa Rasulullah Sallahualaihiwasallam bersabda : “Seafdal-afdal puasa selepas bulan Ramadhan ialah bulan Allah Muharram dan sebaik-baik solat selepas solat fardhu ialah solat pada malam hari”. Di dalam riwayat yang lain “Solat di sepertiga malam”

[Riwayat Muslim no.2812 dan 2813]

GALAKAN BERPUASA ASYURA

عن أبي هريرة t قال : قال رسول الله r : ( أفضلُ الصيام بعد رمضان شهرُ الله المحرم ، وأفضلُ الصلاة بعد الفريضة صلاةُ الليل ) وفي رواية: ( الصلاة في جوف الليل )

Daripada Abu Qatadah Radiyallahuanh bahawa Rasulullah ditanya akan puasa hari Asyura. Maka sabdanya : “ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. Didalam riwayat yang lain “..adapun puasa pada hari Asyura menghapuskan dosa tahun sebelumnya”.

[Riwayat Muslim no. 2803 dan 2804]

Hadith diatas jelas merupakan anjuran Rasulullah kepada umatnya agar berpuasa pada hari kesepuluh di dalam bulan Allah Muharram. Ini dijelaskan pada akan terhapusnya dosa setahun yang lalu iaitu dosa-dosa yang kecil. Majoriti ulama menyatakan bahawa dosa-dosa besar tidak dapat dihapuskan dosanya melainkan dengan bertaubat kepada Allah Taala dan menegakkan hukum hudud terlebih dahulu bagi pesalah yang thabit didalam undang-undang Islam.

HIKMAH PUASA ASYURA

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَدِمَ الْمَدِينَةَ فَوَجَدَ الْيَهُودَ صِيَامًا يَوْمَ عَاشُورَاءَ فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « مَا هَذَا الْيَوْمُ الَّذِى تَصُومُونَهُ ». فَقَالُوا هَذَا يَوْمٌ عَظِيمٌ أَنْجَى اللَّهُ فِيهِ مُوسَى وَقَوْمَهُ وَغَرَّقَ فِرْعَوْنَ وَقَوْمَهُ فَصَامَهُ مُوسَى شُكْرًا فَنَحْنُ نَصُومُهُ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « فَنَحْنُ أَحَقُّ وَأَوْلَى بِمُوسَى مِنْكُمْ ». فَصَامَهُ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ

Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tiba di Madinah, beliau mendapati orang-orang Yahudi melakukan puasa ‘Asyura. Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya, “Hari apa yang kamu berpuasa ini?” Orang-orang Yahudi tersebut menjawab, “Ini adalah hari yang sangat mulia. Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya. Ketika itu pula Fir’aun dan kaumnya ditenggelamkan. Musa berpuasa pada hari ini dalam keadaan bersyukur, maka kami pun mengikuti beliau berpuasa pada hari ini.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas berkata, “Kita seharusnya lebih berhak dan lebih utama mengikuti Musa daripada kalian.” Lalu setelah itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kaum muslimin untuk berpuasa.

[HR. al-Bukhari no.2004 dan Muslim no. 2714]

Hadith tersebut di atas menunjukkan kepada kita betapa Rasulullah mengikut apa yang dilakukan oleh Nabi Musa kerana merasakan umatnya lebih berhak untuk meluahkan rasa kesyukuran seperti yang berlaku kepada Nabi Musa yang selamat dari ancaman Firaun.

Antara hikmahnya ialah membezakan umat Nabi Muhammad dari orang Yahudi. Ini kerana ada hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang menjelaskan bahawa orang Yahudi menjadikan hari 10 Muharram ini sebagai satu perayaan, tetapi umat Islam menjadikan hari ini untuk berpuasa. Ini merupakan perbezaan yang sering baginda lakukan dan kita akan lihat beberapa perbezaan yang Nabi anjurkan kepada umatnya.

DISUNATKAN PUASA PADA 9 MUHARRAM

عن ابن عباس – رضي الله عنهما – أن رسول الله r لما صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه قالوا : يا رسول الله ، إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى ، فقال رسول الله r : ( فإذا كان العام المقبل – إن شاء الله – صمنا اليوم التاسع ) قال : فلم يأت العام المقبل حتى توفي رسول الله

.

Daripada Ibn Abbas Radiyallahuanhuma bahawa Rasulullah ketika berpuasa pada hari Asyura dan mengalakkan untuk berpuasa, para sahabat bertanya : “Ya Rasulullah, sesungguhnya hari tersebut (Asyura) merupakan hari ini adalah hari yang diagung-agungkan oleh Yahudi dan Nasrani. Kemudian baginda bersabda : jika tiba tahun berikutnya – insyaAllah – kita akan berpuasa pula pada hari kesembilan”.

Ibn Abas berkata “Belum sampai tahun depan, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sudah meninggal dunia.”

(HR. Muslim no. 2722)

Di dalam riwayat yang lain, Nabi Sallallahualalihiwasallam bersabda:

( لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع )

“jika ada kesempatan ke tahun akan datang, aku akan berpuasa pada hari kesembilan”.

(HR. Muslim no.2723)

Ini menunjukkan kesungguhan baginda ingin berpuasa tetapi tidak kesampaian. Walaubagaimanapun, para ulama bersetuju untuk menyatakan ini menunjukkan betapa Nabi Muhammad Sallallahuaalaihiwasallam ingin melakukan perbezaan daripada amalan ahli kitab.

Ini juga dijelaskan oleh satu athar daripada Ibnu Abbas :

( صوموا التاسع والعاشر خالفوا اليهود )

“Berpuasalah pada hari kesembilan dan kesepuluh, dan bezakanlah (dari meniru) Yahudi”

[HR. Al-Baihaqi no.8665]

Ini disokong dengan banyaknya hadith yang menegah kita meniru orang-orang kafir.

KESIMPULAN

Setelah dinyatakan sunat berpuasa pada hari kesembilan dan kesepuluh, sebahagian ulama membahagikan martabat puasa di dalam bulan ini. Antaranya Syeikh Abdullah Soleh AlFauzan mengatakan puasa di dalam Muharram terdapat beberapa peringkat  iaitu :

Pertama : Berpuasa pada 9,10 dan 11 Muharram. Ini berpandukan dari nukilan Imam Ahmad [AlMughni 4/441, Iqtidaus Siratul Mustaqim 1/419]

Kedua : Berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Ini seperti yang dijelaskan di dalam artikel ini.

Ketiga : Berpuasa 9 dan 10 atau 11 Muharram. Ini berpandukan dari satu athar yang dhoif dari Ibn Abbas.

Keempat : Hanya melaksanakan puasa 10 Muharram. Ini menjadi perselisihan para ulama akan makruhnya dengan hanya berpuasa pada hari 10 Muharram. Dan yang paling jelas, ia makruh kepada sesiapa yang mampu untuk mengumpulkan hari ke 9 dan 10 dan tidak hanya berpuasa pada hari ke 10 sahaja. Wallahualam

[Risalah Ahadith Syahrillah AlMuharram ms 13]

Ibnuhazam

Info Tambahan:

petikan http://aljoofre.iluvislam.com/?p=40
1. Bilakah `Asyura`?
Pendapat pertama : Ibn Abbas Radhiyallahu `Anhuma berpendapat `Asyura` adalah pada 9 Muharram.
Pendapat kedua : Jumhur Fuqaha` berpendapat `Asyura` adalah pada 10 Muharram.

2. Bila Sunnah Puasa?
Sunnah berpuasa seluruh bulan Muharram. Ini kerana ia termasuk salah satu daripada bulan-bulan haram.
Sunnah muakkadah (yang sangat dituntut) berpuasa pada 10 Muharram (hari `Asyura`).
Sunnah juga berpuasa pada 9 Muharram.
Sunnah juga berpuasa pada 11 Muharram.
Sunnah juga berpuasa 1-10 Muharram menurut sebahagian Fuqaha’.

3. Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram?
Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).
Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir’aun. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada `Asyura`) kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.
* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.

4. Mengapa pula puasa pada 9 Muharram?
Hadis Nabi yang bermaksud: Jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan. Namun baginda telah wafat pada tahun berikutnya.
Membezakan dengan amalan orang Yahudi.
Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari `Asyura`.
Termasuk bulan-bulan haram.
Termasuk 10 hari pertama Muharram yang disunnahkan berpuasa oleh sebahagian Fuqaha`.

5. Hikmah berpuasa pada hari 11 Muharram?
Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari `Asyura`.
Termasuk bulan-bulan haram.

6. Apakah amalan terbaik selain berpuasa pada hari `Asyura`?
Meluaskan rezki (berbelanja makanan, minuman, menggembirakan kanak-kanak dan kaum keluarga).

7. Apakah kelebihannya?
Dilapangkan oleh Allah rezekinya selama setahun.*
* Hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Attabrani dengan pelbagai sanad. Imam Baihaqi menyebutkan, sanad-sanadnya dhoif, tetapi apabila dihimpunkan kesemuanya maka ia menjadi kuat.

8. Apakah yang dilakukan oleh para salafussoleh pada hari `Asyura`?
Disebutkan di dalam nota kaki kitab Fathul `Allam oleh Syaikhuna Muhammad Alhajjar, menakalkan kitab Almadkhal oleh Ibnul Hajj, para salafussoleh tidak akan melalui musim-musim ini melainkan dengan banyaknya ibadah, sedekah, berbuat kebajikan dan meraih kelebihannya, bukanlah dengan makan dan minum, bahkan bersegera menambahkan sedekah dan berbuat baik.

9. Apakah contoh amal kebaikan yang digalakkan oleh para ulamak untuk dilakukan pada hari tersebut?
Apa jua amalan kebajikan baik dilakukan pada hari yang mulia tersebut. Antara yang diajarkan oleh para ulamak adalah bersiwak, bercelak, berwangi-wangi, mengusap kepala anak yatim, menziarahi orang soleh dan para ulamak.

Wallahu A’lam


Posted in Tazkirah | Leave a comment