Pengerusi Majlis

Kali ini ana ingin berkongsi pengalaman menjadi pengerusi majlis bagi pertandingan tilawah al-quran sempena Majlis Ikhtifal Sekolah Rendah Agama Rakyat. Program ini berlagsung pada 3/5/2008. Ini kali ketiga ana di jemput untuk menjadi mengerusi majlis. Kali pertama ana menjadi pengerusi majlis bagi pertandingan nasyid, kali kedua pertandingan tilawah al-quran dan kali ini tilawah al-quran perempuan.

    Selain daripada tilawah, terdapat beberapa pertandingan lagi. Antaranya hafazan, bercerita, nasyid dan khot. Semua acara ini mengasingkan lelaki dan perempuan. Seramai 35 buah sekolah yang terlibat. Bagi pertandingan tilawah ini, hanya 34 buah sekolah sahaja yang menghantar wakil. Salah seorang pesertanya ialah adik ana sendiri.

   Pada pendapat ana, hanya 5 orang daripada 34 peserta yang cemerlang. Yang lain hanya “membaca” tanpa bertarannum. Ditambah dengan kesalahan tajwid. Seharusnya latihan yang kerap amatlah diperlukan bagi melatih palajar-pelajar ini. Suara mereka memang ada. Mungkin disebabkan kekurangan guru tarannum menyebabkan bakat mereka tenggelam.

   Tiba giliran adik ana memang mendebarkan. Pada mulanya pembacaannya sangat baik. Tiba-tiba dia menangis. Ini menyebabkan suaranya berubah. Ana agak terkejut. Rupa-rupanya dia takut. Tp, Alhamdulillah dia berjaya mendapat tempat ke-4. Tahun lepas dia mendapat tempat ke-3. Markah tajwidnya sangat tinggi, cuma dalam bahagian suara dia hanya mendapat sedikit sahaja. Mungkin disebabkan dia tidak dapat mengawal suaranya kerana menagis.

   Inilah program paling memakan masa yang lama sepanjang ana menjadi pengerusi majlis. Bermula jam 9.00pagi sehingga jam 2.15 tengahari. Sekolah mak ana hanya memenangi 2 acara. Tilawah lelaki dan bercerita perempuan. Penutup pertandingan ini telah dirasmikan oleh exco kerajaan negeri perak.

P/S: Tahun depan ada ke harapan dijemput lagi.. ?  

This entry was posted in sembang-sembang. Bookmark the permalink.

5 Responses to Pengerusi Majlis

  1. aziaton ptss says:

    napa tak sertakan dengan teks ucapan utk rujukan org ramai.mesti dapat pahala klu leh kongsi ilmu dgn org len

  2. iammuslimah says:

    ana tak de softcopy.. maybe boleh emailkan dekat ana if saudari mahu teks tersebut.. InsyaAllah ana akan tolong usahakan..🙂

  3. norhafishah binti yahya says:

    assalamualaikum…boleh x saudari send teks ucapan untuk pertandingan nasyid?? tolong yer..terima kasih

  4. anie says:

    assalamualaikum…………… boleh tak saudari send teks ucapan untuk pertandingan?????? terima kasih.

  5. alongnie says:

    ingatkan ade skrip tadi….:(

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s