Kes Buang Bayi..

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

“Ya Allah, lembutkan lah hati ibu2 yang melahirkan anak-anak mereka untuk terus emndidik mereka.. Jangan kau biarkan hati-hati ibu2 ini dihinggapi penyakit-penyakit mazmumah yang boleh mendatangkan kecelakaan buat bayi2 mereka… Jangan Kau biarkan hati2 mereka terdetik untuk membuang mereka.. Bukalah pintu hidayah buat mereka.. Agar mereka lebih menghayati dan mengahargai kehadiran cahaya mata mereka.. amin”

Tak disangka, kes pembuangan bayi masih lagi berlarutan hingga ke hari ini..  sila klik disini.. Mengapalah manusia2 ini sanggup membuang bayi mereka tanpa ade sedikit pun nilai kemanusia dalam hati2 mereka.. Tidakkah mereka memikirkan nasib bayi2 mereka? nasib ibu2 yang masih Allah uji tanpa kehadiran cahaya mata?

Ingatlah wahai insan2 yang telah membuang bayi anda, Segeralah insaf atas perbuatan anda.. Pintu taubat masih terbuka.. Doakan lah roh anak2 anda di kalangan orang yang beriman.. Selagi nafas masih bersisa, ingatlah bahawa setiap perbuatan yang kamu lakukan akan di balas.!!! Segeralah bertaubat..

Wahai insan2 yang berniat untuk membuang bayi anda..Tidakkan anda takut tentang azab Allah? Tidakkah anda takut akan dosa yang anda lakukan akan menyebabkan anda ditarik ke neraka yang Maha Dahsyat seksaanya? Tidakkan anda takut akan tangan2 anak2 anda yang akan menolak anda terus ke neraka kerana anda gagal menjadi ibu yang mencorakkan dirinya???

Wahai manuasia? Tegakah kita membirakan isu ini berleluasa? Apakah tindakan kita? Bersama-samalah kita mendidik diri kita agar sentiasa menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah kemungkaran.. Amar makruf, nahi mungkar..

Firman-Nya di dalam surah Ali Imran ayat 110:

كُنْـتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأمُرُونَ بِالمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ المُنْكَرِ

Maksudnya:
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar.

Hati yang sekeras batu, walaupun dinasihati, dikaunseling, dimarah atau ditazkirah tetap seperti batu kecuali dilembutakn sediri oleh tuan yang memiliki hati tersebut…Dilembutkan dengan nilai2 keagamaan dalam diri.. Dilembutakan dengan sifat akhafullah(Takutkan Allah).. Dilembutkan dengan mengejar matlamat yang satu iaitu MArdhotillah…

INFO TAMBAHAN

Apa itu Maksiat???

Dari segi bahasa, dikatakan dalam Lisan al-Arab bahawa “maksiat” ialah perkataan berlawanan bagi “ketaatan”. Seorang hamba dikatakan berbuat maksiat kepada Tuhanya andai tidak mematuhi perintahNya.

Dari segi istilah, kemaksiatan adalah meninggalkan segala perintah dan mengerjakan segala laranganNya atau meninggalkan apa yang diwajibkan dan difardhukan dalam kitabNya dan sunah RasulNya serta mengerjakan apa yang dilarang Allah dan rasulullah s.a.w. sama ada dari segi perbuatan atau perkataan, yang zahir atau yang batin.

Oleh sebab itu, jauhilah maksiat kerana maksiat dan ketaatan ibarat air dan minyak yang tidak akan bercampur dalam satu bekas. Takkan terjadi maksiat dan ketaatan pada satu masa kerana saat manusia tenggelam dalam meksiat, imanya seakan-akan tercabut daripadanya buat seketika…

(Solusi isu 24, page 34)



Advertisements
Posted in Isu Semasa | Leave a comment

Life..Life..Life..

Assalamu’alaikum wbt..

Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan oleh Allah…

Saat ini: Rindu rumah.. Abah, Mak, Kakak, Abg(walaupun jauh di sana), n adik2ku.. huhu..

Result: OK..Alhamdulillah ya Allah..

Interview: Calon simpanan.. Sujud syukurku padaMu.. Kalu ada rezeki, dapatla jawatan tu.. Kalu tak de rezeki, nak buat mcm mana.. Allah kan tahu mana yang terbaik buat hamba2nya.. kan3…

RA: Dr extend tugas saya as a RA sampai bulan Jun (oh, bufdayku) tahun depan.. Terima kasih DR krn mempercayai saya..

Life:

~ Kerja byk yang tertangguh.. Hanta jurnal.. Siapkan dokumentation for system eLITS… ya Allah, knapa la tak de semnagat nak buat kerja nie..

~Daftar kursus utk next sem.. Cadangnya nk ambik 4 subjek.. So total sem nie yang kene bayar ialah RM4000..Banyaknya.. Tgh apply biasiswa dr kerajaan..  ni link dia: Klik disini ye … Kpd sesiapa yang nak sambung master ataupun phd, jemput2 lah apply tawaran hebat ni..hehe

~Ada baby dlm rumah sewa.. seronok sgt main dengan baby…tidurkan dia… bawa g taman… potong kuku dia.. buat susu dia..mandikan dia.. tp, sampai bulan ni je. Haikal akan berpindah ke johor.. Walaupun baru 6 bulan, Dr ckp haikal akan dpt adik .. Happy3..(p/s: bila la nk ada baby sendiri.. lahirkan mujahid n mujahidah..=) nk upload pic mifzal haikal, tp internet lambat plak dekat lab nie)

~Start new sem 2/1/11.. Mengadap buku semula..Harapan agar mendapat 4flat next sem.. Amin ya rabbal ‘alamin..


p/s: kenape tetiba mencoret pasal diri sendiri nie.. maybe sbb tak tau dah nak luah dekat sape2.. ade ke org nak baca blog nie.. dah lama tak update…huhuhu
Posted in sembang-sembang | 1 Comment

Make Me Strong

I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong
I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

Words: Sami Yusuf
Music: Sami Yusuf
Produced by Sami Yusuf

Posted in Muhasabah | Leave a comment

DUDUK ANTARA DUA SUJUD~~

RABBIGHFIRLI Tuhanku… ampunilah aku…

WARHAMNI sayangilah aku….

WAJBURNI tutuplah aib-aibku….

WARFA’NII angkatlah darjatku…

WARZUQNII berilah aku rezeki…

WAHDINII berilah aku petunjuk…

WA’AAFINIIsihatkan aku…

WA’FUANNII maafkan aku…

Ya Allah…………..

Selama ini aku tidak menyelami maksud doa ini.. yang setiap hari aku lafazkan ya Allah..

Sungguh besarnya nilai sebuah doa ini…  Doa yang hanya daku lafazkan sahaja..

dalam tidak sedar selama ini aku tidah menghayatinga langsung….

WA’FUANNII…WA’FUANNII…WA’FUANNII…

Posted in Tazkirah | 4 Comments

Tanda-Tanda Kematian

Adapun tanda-tanda kematian ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya
sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke ahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan Malaikatmaut untuk menjemput kita kembali Kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Malam pertama …
Malam itu ialah Malam Pertama Di Alam Kubur
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan ?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat ?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur ?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu ?
Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan ?

Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara? Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur?

Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama’ serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza. ”Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?”

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi Malam Pertama Di Alam Kubur! Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi’ bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut.

Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat: “Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu).” (Surah Al-Mu’minun, ayat 99-100)

Kemudian ia menjawab sendiri; “Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi’..” Dan disebabkan hal tersebut, Rabi’ bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah! Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti? Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. “Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!”

Kematian itu pasti. Ia tidak meleset walau hanya sedetik. Ia biasa datang menyerap dengan tiba-tiba. Ia misteri. Kerananya setiap orang semestinya selalu siap. Dan tentu, husnul khatimah harus menjadi pilihan. Untuk mencapai itu, harus melalui jalan syari’at dengan menjalankan segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah Ta’ala. Tanpanya, husnul khatimah itu tiada. Bukankah, perahu tak akan berjalan di daratan?

Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat ajalnya, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Wahai pemuda gagah yang bergelimang harta dan sejuta harapan, apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Ia adalah malam pertama dengan dua wajah, mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya, atau menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya.

(Dipetik dari buku Dr Aidh Abdullah Al- Qarni)

Posted in Tazkirah | Leave a comment

Rakyat Malaysia antara diserang kapal perang Israel

BAITULMAQDIS 31 Mei – Jumlah korban serangan tentera laut Israel ke atas flotila bantuan kemanusiaan meningkat kepada 14 hingga 16 orang hari ini, selepas komando Zionis menaiki kapal-kapal bantuan menuju ke Genting Gaza, dengan tindak balas menentang daripada aktivis pro-Palestin. ( 16 maut komando Zionis serang kapal bantuan ke Palestin
31/05/2010 1:23pm)

” Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara, turunkan para Malaikat-Mu untuk membantu konvoi misi kemanusiaan ke Gaza ini, sebagaimana telah Engkau turunkan ribuan Malaikat di Badar, di Khandaq dan di Tabuk.
Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara, ringankanlah penderitaan saudara-saudara kami di Gaza, … See Morekuatkanlah terus generasi baru dari antara anak-anak mereka, menjadi generasi yang akan membawa kami pada kejayaan Islam lewat Jihad fisabilillah.
Ya Hayyu Ya Qayyum, Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara, janganlah Kau biarkan kami termasuk orang-orang yang berpangku tangan melihat kezaliman atas saudara-saudara kami. Daftarkan nama-nama kami dalam daftar panjang para Mujahidin Mukhlisin dan para Syuhada yang menjemput Syurga-Mu. Jangan Kau biarkan dunia yang hina ini melingkupi kehidupan kami sampai lupa pada Negeri Akhirat-Mu.
Ya Hayyu Ya Qayyum,Wahai Yang Maha Hidup Yang Maha Memelihara, anugerahkan kepada kami kesabaran memegang teguh agama-Mu dan wafatkan kami dalam keadaan Muslim.”

p/s: marilah kita bersama mendirikan solah hajat dan mengirimkan doa kepada saudar2 kita disana..laknatilah YA ALLAH tentera2 israel itu dan hancurkanlah tentera2 ini sehancur hancurnya..amiin ya RABBUL Alamin.. Mari kita sama-sama amalkan membaca doa qunut nazilah selepas solat….
Posted in Isu Semasa | Leave a comment

Ikan oh Ikan

nak dijadikan cerita, minggu nie semua housemate ana balik kampung… Semalam ana lah orang pertama yang sampai di rumah lebih kurang jam 7.40 malam.. Tiba di pintu rumah, ana terbau sesuatu yang tidak menyenangkan… Apa yang terlintas di fikiran ana sampah dari umah jiran yang dibiarkan di koridor.. Apabila pintu di buka, baunya menusuk hidung.. “ikan mati” k.mas berkata… ana sunggub terkejut.. ana pergi ke akuarium tersebut dan ana dapati 2 ekor okan telah mati… ana menuju ke toilet untuk mengambil wuduk.. keluar dari toilet, k.mas berkata yang hitam tue mcm nazak..

Ana pun take it easy.. biarlah.. Ikan tu dah nak mati… ana pun menunaikan fardu maghrib.. selepas menaminkan bacaan doa, ana teringin untuk melihat kembalik ikan tersebut.. ikan iku masih bernafas melalui mulut.. ana meletakkn makanan ikan disekelilingnya.. pada firasat ana, ikan tersebut sudah kebuluran kerana tidak diberi makan selama 3 hari.. ikan itu memberi sedikit respond, tapi badannya masih terbalik.. perut ke atas.. beberapa ketika ana terfikir untuk meletakkan ikan tersebut ke dalam bekas lain…

Usaha ana berhasil selepas ana menukarkan ke dalam baldi yang lebih besar dan diletakkan makanan.. ikan itu telah berubah ke posisi asal.. IKAN TERSEBUT BERNAFAS dan berenang2 dengan gembira.. ALhamdulillah…

p/s: apa yang ana dapat dr peristiwa tersebut.. ajal maut di tangan Allah.. ana mmg nak biarkan je ikan tue sbb mmg nampak mcm dah nak mati.. tpi, naluri yang Allah berikan menyebabkan ikan tersebut dapat di selamatkan… =)

Posted in sembang-sembang | Leave a comment