Peristiwa 30 ramadhan 1429H

Ana sangat bersyukur kerana pada tarikh ini ana dapat mencapai satu target yang telah ana tetapkan untuk diri ana sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. Tatkala hati gembira, diri ini dikejutkan dengan berita pemergian salah seorang cikgu yang juga merupakan jiran ana akibat dari kemalangan. Walaupun cikgu tidak pernah mengajar ana, namun suaminya ustaz hilmi adalah ustaz yang telah mengajar ana subjek bahasa arab dan berjaya memupuk ana untuk meminati subjek tersebut. Ustaz lah yang banyak mendorong ana sehingga berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan pidato bahasa arab menengah rendah peringkat daerah.

 

Ketika sedang asyik membantu emak di dapur untuk menyiapkan juadah berbuka, abah datang dan mengkhabarkan tentang pemergian cikgu eisah. Hati terlalu sayu memikirkan keadaan anak-anak cikgu seramai 8 orang dan yang paling tua baru mencecah 15 tahun. Waktu itu ana melihat mata mak sudah kemerah-merahan. Mereka adalah sahabat baik. Sama-sama menceari rezeki dengan menjual tudung-tudung dan jubah-jubah. Sambil menjual, sambil berdakwah..

 

Kemalangan berlaku ketika ustaz dan cikgu baru pulang dari Ipoh membeli kereta baru. Ketika itu, cikgu sedang mengandung 4 bulan. Mereka memandu berasingan. Kata ustaz, cikgu yang memilih warna kereta baru tersebut. Warna putih. Ketika sedang memandu, ada sebuah kereta dari arah bertentangan merempuh kereta cikgu. Cikgu tersepit. Pada waktu yang sama ada sebuah ambulans dari Ipoh melintasi kawasan kemalangan tersebut. Salah seorang DR. Memberikan rawatan, namun tidak dapat diselamatkan kerana kecedaraan yang dialami oleh cikgu sangat parah… Cikgu meninggal di tempat kejadian..

 

Selepas solat isya, ana mengikuti abah dan mak ke hospital untuk melihat allahyarhamah untuk kali terakhir. Apabila sampai di kawasan rumah mayat, ana terlihat anak-anak cikgu. Hati ini terlampau hiba sehingga menitiskan air mata sesiapa sahaja yang melihatnya. Ana mengikuti abah berjumpa dengan ustaz. Melihat keadaan ustaz, hati ini bertambah sayu. Masa kelihatan tompok-tompok darah di baju ustaz. Pada masa yang sama terdengar sayup-sayup takbir raya dari masjid jamek yang kedudukannya berhampiran dengan rumah mayat. Hati siapa yang tak sedih???

 

Selepas beberapa  minit menanti, mak ana mengajak ana memandikan jenazah. Rasa takut menerpa dalam diri. Tapi, niat ana ingin belajar dan membantu cikgu, ana memberanikan diri. Inilah pengalaman kali pertama ana terlibat dalam proses memandikan jenazah. Selama ini ana hanya mengikuti kursus-kursus pengurusan jenazah dan semasa ana darjah 6, ana pernah melihat jenazah opah ana dimandikan. Tapi, ana hanya memerhat. Tapi berlainan untuk kali ini. Ana bersama sahabat ana dan beberapa lagi orang dewasa yang telah expert membantu dalam proses berkenaan sehinggalah proses mengkhafankan jenazah. Apabila semuanya selesai, ustaz dan anak-anaknya masuk untuk menatap wajah cikgu buat kali terakhir. Sekali lagi hati ini sebak melihat anak-anak ustaz mencium wajah ummi mereka. Cuma yang kecik sekali takut. Maklumlah budak kecil masih belum memahami apa-apa. Ustazlah orang terakhir yang mencium wajah isterinya. Sungguh, sesiapa yang melihatnya pasti akan menitiskan air mata.

 

Proses seterusnya ialah menyembahyangkan jenazah. Ramai yang menyembahyangkan jenazah yang majoriti terdiri daripada anak murid cikgu dan ustaz. Apabila semuanya selesai, kaum hawa pula membacakan surah yassin sementara menunggu van jenazah sampai untuk membawa jenazah cikgu balik ke kelantan untuk dikebumikan di sana. Lebih kurang pukul 11 lebih van jenazah tiba dan jenazah cikgu dibawa pergi.

 

Pengalaman terlibat dalam proses menguruskan jenazah secara ’real’ membuatkan ana bertambah berani. Pengalaman seperti ini ana akan gunakan untuk menghadapi hari seterusnya. Marilah sama-sama kita sedekahkan surah al-fatihah kepada allahyarhamah. Semoga cikgu ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah..

Advertisements
This entry was posted in sembang-sembang. Bookmark the permalink.

One Response to Peristiwa 30 ramadhan 1429H

  1. Nurain jamilah says:

    Salam aidil fitri buat adindaku, maaf zahir dan batin…
    Sesungguhnya, tersentuh tasik hati ini tika membawa bingkisan pengalaman hari terakhir Ramadhan yang dilalui olehmu…Namun, terdetik kesyukuran tika terlintas di minda tentang adanya saudara yang boleh menjadi harapan andai sudi menolong memandikan jasadku tika nyawa telah terpisah dari jasad ini…alhamdulillah, hingga saat ini masih bernafas sebatang tubuh hamba Allah seperti kita…semoga adinda terus istiqamah mencurah tenaga dan semangat jiwa mudamu pada ummah tercinta…biarpun tiada pujian atau ucapan kata-kata istimewa, cukuplah Allah tahu keikhlasan yang tertulis di lembaran Qiraman Katibin…selamat menjadi insan baru yang kembali pada fitrah insani sempena syawal ini…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s