RAmadhan Hampir Berakhir..

Sedar tak sedar, Ramadhan kian menutupkan tirainya.. sungguh pantas masa berlalu sehingga sebulan dirasakan seminggu.. Inilah salah satu tanda kiamat semakin hampir.. Namun, ditahap manakah kesedaran kita? Cuba kita sama-sama muhasabah diri, adakah kita melakukan perubahan untuk diri kita sepanjang Ramadhan kali ini? Adakah kita menggunakan seluas-luas peluang yang Allah berikan kepada kita sepanjang tempuh Ramadhan ini?

Sedarkah sahabat-sahabat sekalian, mengapakah Allah memerintahkan kita melaksanakan kewajipan berpuasa ini. Tak lain dan tak bukan hanyalah untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepadaNya. Ini berdasarkan Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqaran ayat 183 “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”. Makna taqwa ialah memelihara diri dari perbuatan yang dimurkai Allah dan melaksanakan perintahNya. Dengan sikap taqwa itu sahajalah manusia dapat menjaga dan memelihara dirinya sendiri. Bahkan Allah telah meletakkan darjat orang bertaqwa ini pada tempat yang paling mulia. Allah berfirman dalam surah al-hujurat ayat 13 yang bermaksud, ” … Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.”

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Ramadhan adalah bulan yang amat bermakna bagi seluruh umat islam. Di bulan inilah Allah memberi banyak bukti tanda cintaNya kepada kita semua. Cinta yang terbukti dan bukannya hanya di bibir sahaja seperti cinta zaman sekarang. Bukti ini adalah bukti kukuh melalui al-quran dan hadis. Namun, sudahkan kita membalas cintaNya. “Jika Ramadhan datang, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. ” (HR, Bukhori Muslim). Hadis ini menunjukkan bahawa Ramdhan adalah hadiah istimewa yang allah kurniakan untuk kita selaku umatNya hanya sebulan dalam setahun. Banyak bonus-bonus istimewa yang hanya diberikan Allah di dalam bulan ini sahaja.. Allah telah menutup pintu-pintu neraka, membuka pintu-pintu syurga, dan syaitan pula di belenggu.. Sahabat-sahabat, musuh utama kita dibelenggu… ” …Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu” (Suran Yaasiin: 60). Takkan kita mahu mensia-siakan ramadhan begitu sahaja?? Peluang sungguh terbuka luas untuk membuat amal kabaikan, menambahkan akaun pahala tanpa melalui halangan yang besar. 

Seharusnya, kita menggunakan peluang-peluang yang ada sepanjang tempoh Ramadhan ini sebaik yang mungkin. Sebagai tanda cinta kita kepada Khaliq. Bulan Ramadhan ini, Allah memberikan banyak motivasi kepada kita. Cuma, ini bergantung kepada kesedaran kita sendiri. Samada kita menganggap bulan Ramadhan hanyalah bulan untuk berpuasa sebelum menyambut hari raya ataupun bulan ibadah dan bulan untuk membentuk peribadi kita menjadi menjadi muslim yang sebenar. 

Ramadhan juga adalah bulan penyucian daripada dosa. “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap redha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.” (HR Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah). So, apa yang ditunggu lagi.. masih ada masa untuk kita menggunakan baki-baki yang ada di bulan Ramadhan dengan sebaik yang mungkin. Masa ada waktu.. masa itu amat bermakna walaupun seminit. Apa lagi yang ditunggu??? Ramadhan akan datang??? Adakah Allah akan melanjutkan usia kita??? 

Selagi nafas kita belum terhenti, selagi kudrat kita semakin kuat, selagi badan kita sihat, marilah kita bersama-sama meningkatkan amal ibadah kita sebagai persediaan untuk bertemu Pencipta..

This entry was posted in Muhasabah. Bookmark the permalink.

One Response to RAmadhan Hampir Berakhir..

  1. amirah says:

    salam,akk farhana ni yg mne1 ek.. sbb ksh ni pn mmg ana pnh dgr gk,ckg tu pn mmg kwn mk ana..emm..dlu smsis gk ke..thn bpe?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s