Seruan buat Pemuda

nukilan: Uktie Annisaul Jihad
Syabab, jiwa mudamu perlukan pengisian. Ruhmu perlukan pimpinan, akalmu inginkan pengetahuan dan jalan hidupmu perlukan panduan dan bimbingan.Lantaran itu, dari sumber mana pula akan ditemui tangan-tangan ikhlas menghulur bantuan?
Oleh kerana itulah wujudnya pimpinan yang memimpin dan diri yang dipimpin. Dalam konteks sosial seorang mahasiswa, di zaman kampus inilah bakat memimpin dijana. Kita mengajak diri untuk dipimpin dan berusaha memimpin orang lain ke arah suatu matlamat yang jelas. Kita mahukan kecemerlangan yang tidak terbatas. Cemerlang bukan sekadar pada segulung ijazah, tapi seiring cemerlang sebagai aset ummah. Berbakti dan berbudi, berakhlak dan teguh peribadi.

This entry was posted in Muhasabah. Bookmark the permalink.

6 Responses to Seruan buat Pemuda

  1. khalifah says:

    Salam ramadhan
    salam perjuangan

    moga semua dalam rahmatNYA..

  2. Nurain says:

    TUDUNG LABUH vs AURAT

    Teman dan saudara seakidahku …
    Masihkah kalian ingat detik penuh kepiluan, saat kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW menghembuskan nafas terakhir dengan panggilan ummati…ummati…ummati…
    Tapi kini, bagaimana pula sahutan kita saat Rasulullah tinggalkan Al Quran dan As Sunnah sebagai pedoman dan panduan?Dalam kesibukan perjuangan menuntut ilmu ini misalnya, apakah kita berkesempatan mengamalkan sunnah baginda demi meraih secebis keberkatan?keberkatan…bukan sekadar untuk ejaan, tapi suatu anugerah yang diperlukan untuk menggapai kejayaan. Kejayaan yang seruan untuknya kita dengar lima kali seharian tatkala azan…kejayaan di sini dan kejayaan di negeri abadi.
    Namun, sebelum tiba ke destinasi terakhir itu, ujian akan tiba silih berganti. Biarpun siapa kita, tiap yang bernama manusia akan teruji. Contohnya bertudung labuh untuk menutup aurat, tapi diri terjebak maksiat.Hakikatnya, bertudung labuh bukan bermakna akidahnya bagus dan sempurna, tapi inilah jendela bagi aurat, aurat pula jendela bagi maksiat.. Jika tergamak mendedahkan aurat pada umum, bermakna sanggup juga membuka jendela bagi kemaksiatan. Tetapi andai jendela tertutup, pintu amukan nafsu dan kekisi hasutan syaitan tetap ada. Hal ini bermakna, insan bertudung labuh juga makhluk biasa yang kadang kala gagal mengemudi bahtera nafsu dan bisikan noda. Walau bagaimanapun, itu bukan tiket untuk membuka aurat dan menghukum seluruh peribadinya.
    Selaku makhluk ciptaan yang mulia lantaran akal yang dikurniakan, tentu kita dapat memahami jalan-jalan syaitan memasuki hati. Salah satu daripadanya ialah hubungan intim seorang wanita dan lelaki ajnabi atau bercouple . Tatkala couple ini bertemu, ingatlah teman ketiga mereka ialah syaitan yang gigih memperindah jalan ke lorong neraka.Andai diri tahan azab dan seksa di negeri sana, ketuklah minda, pilihlah jalannya… jalan selamat menutup aurat dan tinggalkan maksiat atau….

    Cantik pakai tudung labuh,
    kerana perkara terpenting bukan sahaja cantik luaran tetapi cantik dalaman.
    Tetapi lebih indahnya kalau cantiknya akidah dan akhlak.

  3. Nurain Jamilah says:

    Madah Ibnu Qayyum

    Dalam hati manusia ada KEKUSUTAN,
    Tidak terurai kecuali MENERIMA KEHENDAK ALLAH…

    Dalam hati manusia ada KEGANASAN,
    Tidak hilang kecuali BERJINAK DENGAN ALLAH…

    Dalam hati manusia ada KESEDIHAN,
    Tidak hilang kecuali seronok MENGENAL ALLAH dan baik muamalah dengannya…

    Dalam hati manusia ada API PENYESALAN,
    Tidak padam kecuali REDHA dengan suruhan, larangan dan qadha Allah serta BERSABAR hingga menemuinya…

    Dalam hati manusia ada HAJAT,
    Tidak terbendung kecuali dengan KECINTAAN padaNYA ,
    MEMOHON kepadaNYA,
    sentiasa BERZIKIR kepadaNYA,
    IKHLAS sebenarnya kepada Allah…

    Andai dunia dan seisinya diberi tidak akan dapat membendung si insan itu…

    (madah Ibnu Qayyum menerangkan hakikat dan sifat hati manusia. Dipetik dari Kitab Madrij Al-Salukin )

  4. Nurain Jamilah says:

    Salam, harap sudi postkan under sajak ke?:-)

    RINTIHAN CINTA

    Wahai Tuhanku…izinkan daku,
    Menjadi tetamu di mihrab cinta-MU…
    Merintih sayu, meratap pilu,
    Pada dosa dan kealpaan dulu…

    Wahai Tuhanku…izinkan daku,
    Menjadi tamu ke daerah nasuha pada-MU…
    Memohon dan meminta,
    Agar masih ada ruang kebebasan dari an-nar yang sengsara…

    Wahai Tuhanku… izinkan daku,
    Menangis pada hamparan sejadah di hadrat-MU,
    Merayu redha-MU, menggemis cinta dari-MU…

    Wahai Tuhanku…izinkan daku,
    Melayar bahtera kelanaku…
    Melunaskan segala rinduku pada-MU,
    Menuju pulau cinta milik-MU,pemilik segenap cinta…

  5. Nurain Jamilah says:

    Ni pun sajak akak, ilham sendiri tau:-)

    Aku Ingin Hati Yang Kuat

    Aku ingin hati yang kuat,
    Yang tabah untuk berjuang,
    Yang ikhlas untuk berkorban,
    Yang istiqamah dalam ketaatan,
    Yang berani menentang kebatilan…

    Aku ingin hati yang kuat,
    Yang gigih menyampaikan dakwah,
    Yang qanaah menempuh susah,
    Yang pasrah dalam bermujahadah,
    Yang redha dengan keputusan Allah…

    Sukida Camp: 11 November 2008 .9:40 am

  6. Nurain Jamilah says:

    WARKAH BUAT PENGANTIN

    Dengan nama Allah SWT Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
    Assalamualaikum, salam mahabbah, salam mawaddah ,
    salam sakinah buatmu puteri harapan ummah, yang kini menjadi permaisuri dihati
    seorang adam bernama suami…
    Sahabat yang ana kasihi,
    lantaran anugerah kasih dari Allah SWT yang menitipkan segenap rasa…
    Semoga dirimu sentiasa berbahagia untuk menjadi isteri solehah, anak yang menjadi asbab ibu dan ayah menghuni jannah lantaran ketaatanmu pada suami seiring kehambaanmu kepada Allah yang memiliki segenap hati semua makhluk di alam ini…
    Ana doakan dirimu tabah memegang amanah dan berjaya dalam setiap lapangan gerak kerja dan ibadah di dunia dan di akhirat…
    Sahabat kesayangan ana…
    Jadilah isteri terbaik yang senantiasa menjadi penyejuk mata, penenang hati…Simpulkanlah lafaz kasih, sayang dan cintamu dalam tasbih ketaatan kepada Allah SWT dan “ dia” yang bernama suami…
    Sahabat peneguh semangat dan jiwa ana …
    Tiada hadiah yang terlalu istimewa di hari pertama dirimu bergelar isteri melainkan sekalung ucapan tahniah dan sebening doa yang mampu sahabatmu ini iringkan…
    Semoga akan lahir dari rumahmu para pahlawan dan serikandi yang dinanti ummah ini…InsyaAllah…

    25 Disember 2008, 1:25 pm;
    Teratak Cinta Ayahbonda, Kuala Kedah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s