SEKADAR PENGKONGSIAN..

HASIL KARYA:  UKHTIE ANNISAUL JIHAD..

Sekadar perkongsian, sebening warkah dhaif yang pernah dinukilkan.moga dapat dimanfaatkan buat diri kita dan para sahabat yang lain keseluruhannya.

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh…
Salam penuh kerinduan buat saudara seakidah yang ana sayangi
kerana Allah SWT…
Mungkin panjang juga coloteh ana.Namun harapnya sedikit masa sudi diberikan untuk menelaahnya. Moga-moga, sedikit masa membacanya dikira sebagai ibadah oleh Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap setiap makhlukNYA…
Saudaraku, lama benar rasanya kita terputus bicara lantaran kesibukan  masing-masing menguruskan urusan dunia sebagai bekal untuk berangkat ke negeri sana…Mukaddimah warkah ana yang dhaif ini , hanya ucapan maaf yang mampu ana nukilkan. Maaf kerana tidak pernah pandai menjadi rakan, teman, sahabat atau saudara yang setia menemani tika saat-saat duka datang menyapa.
Saudaraku, belahan cinta perjuanganku…
Melalui denai rimba perjuangan di alam kampus menjanjikan sejuta malah ribuan juta dugaan dan cabaran.Namun, Alhamdulillah, kita tetap ada Allah SWT sebagai tempat sebaik- baik sandaran dan pergantungan…Cuma, ana ingin singgah sekejap berziarah ke laman hati kalian…Apa khabar iman yang pernah mekar mewangi bersama kuntuman ikhlas dan baja kesabaran? Apa pula cerita istiqamah dan tawakal yang pernah menjadi benteng tatakala rasa diri lemah? Dan apa pula berita dari buku catatan amal kiroman katibin di kanan dan kiri yang tidak pernah mengambil cuti? Apa pula khabar jasad dan diri yang sering diziarah Izrail 70 kali sehari?
Semua jawapannya ada pada kalian…Cuma ayuh kita muhasabah satu persatu setakat terdaya kudrat ana yang Allah pinjamkan sementara berkongsi ilham dan rasa…solat kita sepanjang semester, apa grednya? Ketaatan kita pada ayah bonda, berapa target pointernya? Assigment tanggungjawab sebagai khalifah mentadbir dunia, berapa markahnya? Dan paling penting CGPA cinta kita pada Allah dan Rasulullah SAW, berapa nilainya?
Tapi, sebelum itu, kalian dan diri ana sendiri berpangkat muslimat. Jadi, elok kiranya kita semak juga carrying marks untuk tugasan menutup aurat…hmmm…kenapa perlu semak? Jawapannya sebagai kayu ukur sama ada benar atau tidak kita mahu menjadi pemburu syurga atau bermain-main di jurang an-nar yang terlalu berbahaya…Menutup aurat itu perintah daripada Allah SWT…aurat itu umpama jendela bagi jalan kemaksiatan, andai tergamak  membuka aurat, bermakna sangguplah pula membuka  jendela kepada maksiat ….
Sekian dulu, rasanya warkah merangkap ucapan salam ramadhan …moga-moga Ramadhan ini terisi dengan bingkisan ilmu yang di kutip sepanjang jalan meniti kedewasaan…kalau masih sudi, sila rujuk lampiran…

    Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah dia pembela agama…
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata,
          punyai iman miliki takwa….
yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati. Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang,
kerana kita serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, ayuhlah kita redha ketetapan IlLahi”

SALAM MAHABBAH
UKHUWAHFILLAH…

        Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu,
tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu” (HadisRiwayat Muslim)

Advertisements
This entry was posted in Muhasabah. Bookmark the permalink.

One Response to SEKADAR PENGKONGSIAN..

  1. Nurain jamilah says:

    salam wbt…syukran jazilan buat mesej2 yang begitu bermakna. dan alhamdulillah, dalam keperitan bertatih sendirian untuk mengenal erti hidup dan perjuangan di jalan dakwah ini, kita dipertemukan…
    Sahabatku,teman dan saudara seakidah kesayangan Rasulullah dan harapan ummah,dirimu adalah anugerah bermakna sepanjang kelanaan ku di negeri fana ini…dan andai tiba saatnya ku kembali ke negeri abadi, halalkan tiap kasih dan cinta serta pengorbananmu. Hanya Allah yang dapat membalas dan harapanku moga pertemuan ini memimpin kita mengenal indahnya keperitan dunia untk meniti denai ke firdausi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s