1500 yang menyusahkan

Bermula dari pagi hinggalah saat ini, handphone ana asyik berbunyi menandakan message tak henti-henti masuk. Ana berasa sangat pelik kerana org yang sudah lama menyepikan diri turut mengambil kesempatan menghantar massage kpd ana. Kepelikan ana bertambah tatkala ada yang menghantar sehingga mencecah 10 message. Setelah di kaji, tahulah diri ini bahawa mereka semua ingin menghabiskan 1500 message yang hanya dikenakan bayaran sebanyak RM1. Jikalau tidak, bayaran RM3 akan dikenakan jika tidak menghabiskannya sehingga jam 6petang ni.

Yang ana tak gemar ialah mengganggu masa ana. Bayangkanlah terpaksa mambelek hphone dan mendelete message lama supaya message baru dapat masuk. Ini kerana hphone ana hphone murahan yang ada hadnya untuk menyimpan message. Terganggu sebentar hidup ana. Tak salah untuk menggunakan kelebihan yang MAXIS tawarkan. Cuma yang salahnya membeli tawaran tersebut mengikut perasaan bukannya kepeluan. Tak cukup murahkah dgn 1 message/1sen (kampus zone). Fikir-fikirkanlah..   

p/s: Pendapat ana je.. Sekadar lontaran.

This entry was posted in sembang-sembang. Bookmark the permalink.

5 Responses to 1500 yang menyusahkan

  1. Nur Hakim says:

    Assalamualaikum..
    Sajak untuk Blog Destinasiku…

    Destinasi ini
    Membawa diri ke alam insan
    Kejahilan berganti keimanan
    Penuh cabaran pasti
    Pedihnya menahan perasaan
    Terduduk kaku merintih
    Air tangisan mengalir jernih
    Tatkala dihina di hadap manusia

    Destinasi ini
    Memendam rasa
    Akan sebuah kisah
    Penyiksaan manusia pada insan
    Kata nista fitnah tomahan
    Berkaki empat terus berjalan
    Jatuh bangun adat kehidupan
    Pada mereka yang rindukan Tuhan
    Wajib untuk diteruskan

    Destinasi ini
    Mengajar seribu pengertiannya
    Bagi manusia yang berakal
    Namun bukan pada yang dangkal
    Dalam menilai dan mentafsir
    Mengapa terjadi insan dan alam

    Destinasi ini
    Bukan ilusi atau mimpi
    Kerana pasti akan satu realiti
    Hilang tidak berganti pergi membawa diri
    Dosa jadi balasan
    Amalan jadi bekalan

    Iammuslimah : Syukran sohabati. Bersama menghidupkan dunia blogging sebagai satu medan dakwah. InsyaAllah.

  2. kafalifmim says:

    nak bg sajak jugaklah..hehe

    adinda
    jerit perih perjuangan bukan 1kebetulan
    tapi aturan Tuhan buat hamba yg beriman
    sabarkan hatimu
    kerna kau tau disitu ada cahaya

    adinda
    ukhuwah fillah yg bersemi bukan 1 yg kekal
    kerna disitu ada dugaan yg memilih iman
    teruskan rasa husnuzon
    agar suulzon tidak membekas

    adinda
    usia dan iman anugerah terhebat
    tetapi semua itu pinjaman
    agar kau kembali berbakti
    menjadi little khaliph di bumi hijau ini

    adinda
    di musim final exam ini
    carilah hati sendiri dengan segala ketentuan
    kerna disitulah punca kehidupan…

    salam sayang
    kakanda

  3. Terharunye… Syukran kpd k.calm n Luqman. tak tau nak cakap ape. Sajak-sajak nie sangat best.. ana doakan agar kt akan terus melangkah menuju mardhotillah. Semoga berjaya di dunia dan akhirat. Ukhwah fillah, pencetus mahabbah, pencerna mawaddah.,

  4. kak sab says:

    salam…banyak la plak sajak frhana dpt yek?akak tak reti nk wat sajak.. =) just wanna wish u good luck in final exam (~ _^) truskan mnulis..

  5. wa’alaikumussalam wbt. a’ah.. bestla dpt sajak nie.. nak simpan buat koleksi. 1st time dpt sajak nie.. hehe.. syukran. Good luck too..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s