PENGALAMAN MENJADI CALON PRK

 Di sini ana titipkan pengalaman ana semasa menjadi calon untuk pilihanraya kampus di salah sebuah ipta. Sesungguhnya, pengalaman saat itulah telah banyak mematangkan ana walaupun terpaksa menelan kepahitan.  

Pada suatu hari seorang ukhti telah berjumpa ana dan meminta ana menjadi calon bagi sebuah persatuan. Pada mulanya ana agak berat hati untuk membuat keputusan. Tetapi pada malam tersebut, barulah ana menyatakan persetujuan untuk menjadi calon. Maka bermulalah pengalaman ana menjadi calon bagi pilihanraya kampus yang berlaku dalam bulan Ramadan Al Mubarak.           

 Malam sebelum penamaan calon, pada pukul 2 pagi bermulalah episod ana di uji. Ana telah dipanggil oleh pengetua kolej kediaman ana melalui salah seorang  exco blok. Waktu tue, ana baru sahaja ingin melelapkan mata memandangkan pukul 8 pagi keesokkan harinya ana akan terlibat dalam proses  penamaan calon. Apabila mendengar arahan tersebut, ana terkejut dan takut sangat. Al maklumlah, selaku manusia biasa ana tetap diburu rasa bimbang tatkala diri tiba-tiba perlu berhadapan dengan pihak atasan.  Ana panik seketika dan dah tak tahu nak buat ape…..Namun, pertolongan Allah itu sentiasa dekat kepada hamba-Nya . Alhamdulillah, ketika itu  seorang sahabat ana menyuruh ana pergi ke kolej lain. Maka, pada malam tersebut berangkatlah ana ”melarikan dir”i secara senyap2 ke kolej sahabat ana yang terletak agak jauh dari kolej kediaman ana bersama seorang sahabat. Kami berdua yang muslimat ini bermotorsikal meredah kegelapan malam. Tapi, bagi ana kegelapan jalan kebenaran yang mahu ana perjuangkan lebih pekat dari itu . Bahkan , hati-hati manusia yang tidak mahu melihat tertegaknya kebenaran  dan dengki  terhadap perjuangan ana  mungkin lebih pekat titik hitamnya  lantaran dosa dan noda. Walau bagaimanapun, terlupakah atau sengaja mereka  tidak mahu mengambil tahu bahawa mata rantai perjuangan yang kerdil seperti ana ini amat berharap agar mereka yang lebih berkuasa terbuka minda dan hatinya  untuk sama-sama memperjuangkan kebenaran. Setelah berlalunya malam, keesokannya  pula pada pukul 6 pagi, ana balik ke kolej semula. Alangkah terkejutnya ana kerana mendapat surat daripada pengetua. Saudara seaakidah kita yang bernama Islam itu telah menuduh ana melakukan kesalahan berkaitan tatatertib kolej  kediaman kerana INGKAR arahan supaya berjumpa dengannya. Siapalah dia untuk ana taati sedangkan perkara tersebut tidak tertulispun dalam panduan syariat. Sebenarnya ana sependapat dengan seorang sahabat yang menyatakan tidak perlu kita patuh kepada arahan manusia kerana kita ada panduan  manual arahan daripada AlQuran dan As Sunnah untuk kita patuhi.   Berbalik kepada cerita tentang surat teristimewa buat ana tadi, isi kandungannya  menyuruh ana berjumpanya sekali lagi sebelum pukul 9 pagi.            

Tetapi, sahabat ana seorang ni yang memang dah jadi bendahara ana , mencadangkan agar ana tidak mengendahkan surat tersebut. Jadinya, ana berlapang dada  hadir ke tempat penamaan calon. Selepas itu,barulah  ana tekad untuk terus berjumpa dengan pengetua yang usianya sudahpun sebaya ayah ana di kampung. Di dalam biliknye, dia mempersoalkan sebab ana tidak berjumpa dengannya,.  Pada masa yang sama, dia cuba memujuk ana supaya tidak masuk bertanding. Namun, Allah berikan kekuatan dan ketetapan pada hati ana yang naif ini untuk ana tetap bertegas dengan keputusan yang telah ana ambil. Akhirnya,  dia telah memberi kata tiga ( 3 pilihan ) kepada ana. Mungkin belum bosan untuk memujuk ana, pengetua tu  meminta ana berjumpanye sekali lagi pada malam tersebut. Sekali lagi pada malam penuh bersejarah itu, kekuatan jiwa dan sekeping hati ana teruji apabila tiada lagi lembut bicara memujuk. Tetapi  apa yang ana hadapi ialah pertuturan seorang yang ana hormat lantaran statusnya yang lebih tua daripada ana itu wujud  unsur kekasaran dan kekerasan. Ana tak ambil kisah, dia hanya manusia biasa sama seperti ana .Namun,  perkara  terpenting ialah  kuatnya pergantungan kita kepada Allah SWT.           

Selepas selesai berjumpa dengan pengetua, ana kembali ke tempat penamaan calon untuk menunggu keputusan sama ada ana layak untuk bertanding atau tidak. Setelah sekian lama menunggu, akhirnya keputusan pun keluar. Keputusannya ana TAK LAYAK bertanding disebabkan agen ana tak mengetahui dia sebagai agen ana. Maka, ana terus membuat panggilan kepada agen ana dan memintanya datang ke tempat penamaan calon tersebut. Setelah mendapat maklumat daripadanya, barulah ana tahu yang dia miss comunication dengan orang yang membuat panggilan kepadanya.            

Ana pun telah membuat bantahan ke atas keputusan tersebut. Setelah menunggu agak lama, bantahan ana telah di tolak. Bertapa hancurnya hati ana. Walau bagaimanapun, di saat-saat genting seperti itu, perkara yang paling mengharukan, sahabat-sahabat tak pernah berhenti memberi kata-kata semangat dan sentiasa berada  disamping ana. Syukur sangat kerana ukhuwah kami yang terbina atas dasar ikatan akidah ini tidak goyah digempur mehnah. Kemudian, pencadang ana meminta ana untuk  membuat rayuan pula. Maka ana pun buatlah rayuan. Pada pukul 6 petang ana  diminta pergi ke bahagian  pengurusan  pilihanraya kampus untuk membuat rayuan. Selepas berjumpa dengan orang tertentu ana balik ke kolej semula. Nampaknya, malam nanti ana  terpaksa berdepan lagi dengan pengetua.             Selepas solat tarawikh, ana berjumpa dengan pengetua. Dia bertanya tentang pilihan ana. Ana menolak semua pilihannya dan ana nekad akan terus bertanding. Dia memujuk ana pula dan disebabkan ana bertegas, dia meminta ana menulis surat kepadanya dan dalam surat tersebut mestilah mengandungi beberapa perkara iaitu:

Ø       Ana bertanding atas tiket sendiri dan tiada sape yang menyuruh

Ø        Ana akan mematuhi segala arahan dari pihak kolej dan universiti

Ø       Pengetua telah memujuk ana untuk menarik diri tetapi ana bertegas dan beberapa lagi yang tertinggal sebab ana pun dah lupa. Hehehe..           

Setelah urusan dengan pengetua selesai, ana mengambil keputusan untuk tidur di rumah sahabat yang menetap  di luar kampus. Biarlah ana bawa diri seketika untuk mengumpul kekuatan…Setelah melalui pelbagai halangan, pada malam tersebut ana mendapat berita yang rayuan ana diterima.  Alhamdulillah… ini bermakna, ana dapat terus bertanding. Takbir…Allah hu akhbar… 

This entry was posted in Muhasabah. Bookmark the permalink.

4 Responses to PENGALAMAN MENJADI CALON PRK

  1. feez says:

    that great…truskan prjuangan dan jgn pernah gentar dgn kata2 manusia yg hatinya juga di dalam genggaman Allah swt..

    kuasa Allah lebih besar dr undang2 manusia…

  2. iammuslimah says:

    that’s true.. kuasa Allah lebih besar. hmm.. tp skrg, perlembagaan Malaysia di julang2.. Al-Quran??? inni akhafullah…

  3. lukman87 says:

    Ya Allah, lindungilah kakak ku ini… semoga Ia tersenyum tatkala bertemu dengan Mu nanti… amin.

  4. syukran dik.. May Allah bless u forever..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s