Imam Syafi’i

Tokoh Islam

 

Imam Syafi’i

 

            Pemahaman tentang Fiqh yang diamalkan oleh umat Islam di seluruh dunia pada umumnya terbahagi kepada empat mazhab (aliran) iaitu Mazhab Hanafi, Maliki, Syafi’ dan Hanbali.Walau bagaimanapun perbezaan antara empat-empat mazhab itu hanyalah pada perkara-perkara kecil sahaja dan tidak melibatkan perbezaan akidah dan keyakinan.

            Imam Syafi’i dilahirkan di Gaza, Palestin pada tahun 150 Hijrah dalam keluarga yang miskin.Ayahnya meninggal dunia tidak lama setelah beliau dilahirkan.Semasa beliau berusia dua tahun ibunya membawa imam Syafi’i kembali ke kampung halamannya iaitu di kota Mekah.Di sana, Syafi’I yang berusia lima tahun di hantar ke sekolah tahfiz.Para ustaz yang mengajar di sekolah itu suka ke[ada Syafi;I yang sangat pandai dan cerdik.Berkat kepandaiannya Syafi’I dikecualikan daripada membayar yuran madrasah.

            Dalam biografinya, Imam Syafi’i berkata “Semasa kecil saya suka mendengar ustaz  mengajar murid-murid yang lain ayat-ayat Al-Quran.Setiap kali ustaz selesai membaca satu ayat saya terus menghafalnya.Begitu pula setiap kali ustaz suruh para murid untuk menulis sesuatu ilmu, saya telah lebih dahulu menghafalnya sebelum murid-murid yang lain selesai mencatat”.Itu sebabnya menjelang usia 7 tahun Imam Syafi’i telah menghafal seluruh ayat Al-Quran.

            Semasa berusia sepuluh tahun Imam Syafi’i mendengar bahawa Imam Malik di Madinah telah mengarang sebuah kitab hadith yang sangat terkenal yang bertajuk al-Muwatta’.Maka beliau pun mencari-cari kitab tersebut disekitar kota Mekah untuk dipelajari.Imam Syafi’i berjaya meminjamnya daripada seseorang di Mekah dan menghafal keseluruhan isi kitab tersebut dalam masa sembilan hari sahaja.

            Setelah menghafal seluruh kitab tersebut Imam Syafi’i pun berangkat ke Madinah untuk menuntut ilmu daripada Imam Malik.Sesampainya di hadapan Imam Malik, Imam Syafi’i membaca seluruh kitab al-Muwatta’ secara hafalan.Tujuan beliau ialah intuk meyakinkan Imam Malik bahawa beliau layak untuk menjadi muridnya.Imam Malik kagum dengan kecerdasan dan kekuatan hafalan Imam Syafi’i sehingga berkata, “TIdak ada pemuda Quraisy yang datang menuntut kepadaku lebih cerdas dan lebih pandai daripada pemuda ini”.Imam Syafi’i belajar daripada Imam Malik selama bertahun-tahun sehingga menjadi ulama yang alim. 

            Sepanjang hayatnya Imam Syafi’i tidak hanya terkenal dengan kecerdasannya sahaja.Beliau juga dikenali sebagai seorang ulama yang tawadhuk dan rendah hati.Beliau pernah berkata, “Saya berharap orng ramai sudi mempelajari ilmu yang saya tinggalkan ini, meskipun mereka menafikan saya sebagai pengarangnya”.

            Beliau telah mengarang 113 kitab dalam pelbagai bidang ilmu.Diantara kitab beliau yang terbesar ialah kitab Al-Um, Ar-Risalah, Al-Hujjah, Al-Amali, dan lain-lain.Kesemua kitab-kitab ini mempunyai asas ajaran Mazhab Syafi’i.

            Imam Syafi’i juga merupakan seorang yang pemurah.Pernah beliau datang ke kota Mekah membawa sepuluh ribu dinar.Sebelum sempat memasuki Masjidil Haram seluruh wang tersebut telah habis disedekahkannya.Beliau juga menaggung seluruh perbelanjaan murid yang miskin.Seorang murid beliau bernama Rabi’ meriwayatkan bahawa setiap kali datang seseorang meminta bantuan kewangan daripada Imam Syafi’i wajahnya akan menjadi merah kerana malu lambat mengeluarkan wang yang diminta.

            Demikianlah sifat dan watak Imam Syafi’i yang ajarannya kita ikuti di Malaysia ini.Memang benar kata para ulama’ bahawa orang yang alim ialah orang yang seimbang antara ketinggian ilmu dan keluhuran budinya.

This entry was posted in Tokoh Islam. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s