Mardhotillah…

Posted by: iammuslimah on: April 18, 2008

 

 

Al-wahy

Posted by: iammuslimah on: April 16, 2008

Assalamu’alaikum wbt sahabat-sahabat sekalian. Pada kali ini ana nak berkongsi pengalaman ana berchatting dengan salah seorang pekerja di salah satu syarikat media islam terbesar iaitu AL-WAHY. Namanya zara dari UK. Sebelum tue, lebih elok sekiranya ana memperkenalkan portal al-wahy nie. Al-Wahy adalah portal muslim yang pertama di dunia. Tujuannya mempromosikan portal islam untuk mewujudkan satu komuniti ummah yang kuat untuk melawan puak kuffar. Di portal ini banyak keistimewaan. Antaranya download lagu, video , gambar dan messanger selain daripada email. Semua bahan dalam portal ini adalah menjaga kesucian mata. Hehe. Maksudnya, tak de langsung orang yang berpakaian seksi. Banyak video animasi, kanak-kanak menghafaz al-quran dan khutbah (kita boleh ke) dan sebagainya. Untuk keterangan lebih lanjut, bolehlah sahabat-sahabat cuba meneroka laman web ni. Seterusnya, mari ikuti perbualan ana dengan zara..   

Iammuslimah : are u student?

Zara : no, i work for the al wahy website  you are on i just enter 2 test

Iammuslimah : Oh, ic.. i’m student software eng, 2nd year (Promote diri sendiri nie)

Zara : Nailofar ,(nama samaran) will you be intrested in helping the 1st islamic portal ?

Iammuslimah : Of course. What can i do?

Zara : we can assist you from uk 2 work & pubicse al wahy in malaysia?

Iammuslimah : hah? so difficult… (ana pun tak faham sgt ape yg dia nak)

zara : the muslims need 2 unite globally and having an islamic portal is a big step ahead to walking towards reviving the deen! 

Iammuslimah : i’m not graduate student.. don’t have any exprience..

Zara : inshallah may Allah reward you for your thoughts and efforts

Iammuslimah : i do my best..

Zara : you dnt need experience 2 spread the word, try to promote the site to as many people , its better we have and support our own portal than a kuffar ike google/ msn

Iammuslimah : ok.. i try to promote this site to all my friend..

Zara : they are killing our brothers & sisters and taking our lands!!! dont you c wot s happenning in palestine!

Iammuslimah : i know..

Zara : mashallah i pray Allah swt increase your imaan and give you jannah… Ameen!!!

Iammuslimah : Ameen..

Zara : ma salama im off now speak 2 you all 2morrw

Iammuslimah : ok.. Thanks zara..  nice to meet you

Petikan di atas adalah dialog ana dengan zara. Mungkin ada petikan yang tonggang langgang. Nie origanal dialog, tak de perubahan. Mgkn time dia nak balas, ana balas dulu dan terjadilah pertembungan. hehe. Walaupun tak pandai english, hentam keroma je. Asalkan dia faham. Umur dia 30 tahun. Jadi sahabat-sahabat, marilah kita menggunakan portal al-wahy sebagai portal utama kita. Terima kasih kepada sahabat baru (dauzs) ana yang membantu ana menghantar semula dialog nie disebabkan ada sedikit masalah di pihak ana. Wassalam..

   

Pemimpin

Posted by: iammuslimah on: April 12, 2008

      Walaupun majilis pewarisan sudah berlalu dan saf kepimpinan baru telah telah mula menjalankan tugas, disini ana ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan TAHNIAH dan TAKZIAH kepada pemimpin-pemimpin yang telah berjaya terpilih.

 

Ramai yang tidak berpuas hati kerana pimpinan ini diterajui oleh kaum hawa. Ana tidak memikirkannya sebagai satu isu untuk kita persoalkan atau memperbesarkan hal ini. Ini kerana, dewasa ini wanita telah berdiri seiring dengan lelaki. Ada sebab mengapa peneraju MTM ini dipilih dari kalangan hawa. Oleh itu, bersama-sama kita berkerjasama tanpa memikirkan kaum adam atau hawa yang memimpin. Yang penting, kita dapat disatukan dan sentiasa memberi teguran dan menjauhi diri daripada berkata di belakang.

 

Tak dinafikan bahawa tugas sebagai pemimpin adalah tugas yang paling besar. Apabila di akhirat kelak, kita akan disoal oleh Allah tentang apa yang telah kita lakukan. Pemimpin bukanlah pemimpin negara sahaja malah kita adalah pemimpin untuk di sendiri.  Kita lihat diri kita dahulu, mampukan kita memimpin diri kita sendiri? Cuba kita renungkan, mampukan kita memimpin diri kita untuk bangun subuh tepat pada waktunya?? Jikalau mampu Alhamdulillah. Jika tidak, inikah contoh pemimpin yang bagus. Sedangkan diri sendiri tak terpimpin, inikah lagi orang lain.

 

Sahabat-sahabat, memegang amanah sebagai pemimpin digambarkan di dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bahawasanya sebelah kakinya di dalam syurga dan sebelah lagi di neraka. Seandainya kepimpinan melaksanakan amanah dengan cara dan perlaksanaan yang berlandaskan Quran dan Sunnah dengan penuh amanah, maka terselamatlah dia. Andai sebaliknya, maka nerakalah tempatnya. Nauzubillah..

1500 yang menyusahkan

Posted by: iammuslimah on: April 8, 2008

Bermula dari pagi hinggalah saat ini, handphone ana asyik berbunyi menandakan message tak henti-henti masuk. Ana berasa sangat pelik kerana org yang sudah lama menyepikan diri turut mengambil kesempatan menghantar massage kpd ana. Kepelikan ana bertambah tatkala ada yang menghantar sehingga mencecah 10 message. Setelah di kaji, tahulah diri ini bahawa mereka semua ingin menghabiskan 1500 message yang hanya dikenakan bayaran sebanyak RM1. Jikalau tidak, bayaran RM3 akan dikenakan jika tidak menghabiskannya sehingga jam 6petang ni.

Yang ana tak gemar ialah mengganggu masa ana. Bayangkanlah terpaksa mambelek hphone dan mendelete message lama supaya message baru dapat masuk. Ini kerana hphone ana hphone murahan yang ada hadnya untuk menyimpan message. Terganggu sebentar hidup ana. Tak salah untuk menggunakan kelebihan yang MAXIS tawarkan. Cuma yang salahnya membeli tawaran tersebut mengikut perasaan bukannya kepeluan. Tak cukup murahkah dgn 1 message/1sen (kampus zone). Fikir-fikirkanlah..   

p/s: Pendapat ana je.. Sekadar lontaran.

Bertudunglah….

Posted by: iammuslimah on: April 7, 2008

Di sini, ana nak membantu sahabat2 yang belum bertudung supaya INSAF dan segera menjalankan kewajibpan bertudung sebelum ajal tiba. Menyesal kemudian tidak berguna… Untuk penerangan lebih lanjut, bolehlah klik disini. Semoga ia dapat membantu.

p/s: jgn bertudung ikut syarat (asalkan tutup kepala je).. Pakai elok2, ikut etika pemakaian yg di gariskan dalam islam. Pakailah tudung yang tak jarang dan labuh menutupi dada.. Jgn pakai tudung, tp aurat tak di jaga dengan rapi . Senang2, amalkan islam 100%. selalulah merujuk bahan bacaan atau org yang tinggi ilmunya..

Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat

Posted by: iammuslimah on: April 7, 2008

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama: pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua: pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga: pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat: pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima: sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : “Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.”

“sampaikan! lah walau satu ayat” al hadis

LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH

Reunion yang bermakna…

Posted by: iammuslimah on: April 7, 2008

Alhamdulillah, segala perancangan yg telah diaturkan untuk bertemu dengan sahabat2 matrik ana dulu tercapai. alangkah indahnya ukhwah bila diakari dengan akidah. memandang wajah sahabat satu per satu, teringat memori tatkala pada suatu ketika dulu, kami bersama2 menggerakkan Pusat Islam matrik supaya pelajar2 tidak terlalai dgn dunia remaja yang penuh ujian dan panca roba. Teringat kata2 Imam Al-Ghazali:

Sesiapa yang berjaya menempuh alam remaja dengan jayanya, dialah orang yang paling berjaya.

Tidak dinafikan apabila usia remaja banyak diuji dengan masalah perasaan sesama ajnabi, kebebasan dalam pergaulan dan pemberontakan dalam jiwa. Ketika itu, kami bersama2, bergabung kudrat yg ada merancang pelbagai aktiviti yg dapat memberi kesedaran kepada warga matrik. Bertambah membara semangat kami tatkala pada waktu itu, segala aktiviti yang dirancang mendapat SEPENUH sokongan daripada pengetua. Yang ana paling tertarik apabila pengetua inginkan segala koleksi risalah2 yang telah kami terbitkan untuk dijadikan koleksi peribadi beliau.

Ana sangat bersyukur apabila mendapati ramai sahabat2 masih berada di landasan yang benar tak tidak terpengaruh dengan suasana di Universiti yang tidak kurangnya mencabar keimanan sebagai Hamba Allah. Syukran sahabat. Perkongsian yang sungguh bermakna bagi ana. syukran juga kerana dapat meluangkan masa berkongsi dan cuba menyelesaikan masalah umat dan ana mendoakan agar kita sama2 akan menjadi rantai2 kepada perjuangan Rasulullah. InsyaAllah

BerHibur..

Posted by: iammuslimah on: March 30, 2008

Berbagai cara dan bentuk usaha manusia dalam mencari hiburan. Ada antara mereka yang mencari hiburan itu dengan melancong, makan angin, bersiar-siar, bersukan, memancing ikan, menari, mendengar nyanyian dan sebagainya. Sudah menjadi fitrah manusia suka berhibur dengan kesenangan dunia seperti bersenang-senang dengan kemewahan, harta benda, makan minum, pakaian dan lain-lain. Bahkan kehidupan dunia juga merupakan pentas permainan dan hiburan bagi manusia. Hal ini telah difirmankan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: “Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan  (Surah Al-An‘am: 32)

Islam tidak melarang umatnya untuk berhihur, tetapi mestilah tidak melanggar syariat. ana sudah tegaskan sebelum ini bahawa islam bukan agama yang membebankan. Jadi, tidak salah untuk kita kita berhibur. Tetapi, perlu diingatkan bahawa berhibur juga ada caranya, ada masanya, ada tempatnya dan ada jenisnya. Hayatilah lirik lagu ini:

MARI BERHIBUR (Raihan)

Berhibur tiada salahnya
Kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya.
Membuat kita jadi bersalah
Di sini kita berkumpul bersama
Menyanyikan lagu yang suci indah
Alunan pujian kepada Allah
Alunan pujian kepada Rasul

Di sini kita berkumpul bersama
Menyanyikan lagu yang suci indah
Alunan pujian kepada Allah
Alunan pujian kepada Rasul

Hiburkan hati yang masih gelisah
Ubati hati yang terluka
Ikat kembali persahabatan
Dengan Iman dan kasih sayang

Bersungguh kita dalam bekerja
Seperti hidup untuk selamanya
Beramal soleh sebaiknya
Seolah esok sudah tiada

My Galery

Posted by: iammuslimah on: March 24, 2008

Ya Rasulullah..

Posted by: iammuslimah on: March 24, 2008

Ya Allah, limpahkanlah rahmat dan sejahteramu ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan seluruh ahli keluarganya serta sahabat-sahabat dan pengikutnya.

Ya Allah, Jadikanlah kami di kalangan hambaMu yang mengikuti sunnah RasulMu..

 Amin! Ya Rabbal ‘Alamin..

Renungan..

Tak ada faedahnya perkataan tak disertai perbuatan, tak ada faedahnya kepandaian kalau tidak di sertai budi, tidak ada faedahnya kekayaan kalau tak di sertai rasa santun, tak ada faedahnya pengorbanan kalau tak disertai niat suci, tak ada faedahnya hidup kalau tidak di sertai kesihatan, tidak ada faedahnya negara makmur kalau di sertai hati penduduknya kecewa. -HAMKA_

Kalendar

December 2009
M T W T F S S
« Nov    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Destinasi Pencarian…

website counter

Status Blog

blog readability test