1500 yang menyusahkan
April 8, 2008 at 1:54 pm (sembang-sembang)
Bermula dari pagi hinggalah saat ini, handphone ana asyik berbunyi menandakan message tak henti-henti masuk. Ana berasa sangat pelik kerana org yang sudah lama menyepikan diri turut mengambil kesempatan menghantar massage kpd ana. Kepelikan ana bertambah tatkala ada yang menghantar sehingga mencecah 10 message. Setelah di kaji, tahulah diri ini bahawa mereka semua ingin menghabiskan 1500 message yang hanya dikenakan bayaran sebanyak RM1. Jikalau tidak, bayaran RM3 akan dikenakan jika tidak menghabiskannya sehingga jam 6petang ni.
Yang ana tak gemar ialah mengganggu masa ana. Bayangkanlah terpaksa mambelek hphone dan mendelete message lama supaya message baru dapat masuk. Ini kerana hphone ana hphone murahan yang ada hadnya untuk menyimpan message. Terganggu sebentar hidup ana. Tak salah untuk menggunakan kelebihan yang MAXIS tawarkan. Cuma yang salahnya membeli tawaran tersebut mengikut perasaan bukannya kepeluan. Tak cukup murahkah dgn 1 message/1sen (kampus zone). Fikir-fikirkanlah.. ![]()
p/s: Pendapat ana je.. Sekadar lontaran.


