Posted by: iammuslimah on: October 8, 2008
Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar khabar tentang kematian. Kita haruslah mengambil ikhtibar dari setiap kematian kerana ia tidak mengenal umur. Oleh itu kita haruslah sentiasa bersedia menempuh alam maut.
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57)
Mengingati mati menyedarkan kita bahawa hidup ini amat singkat dan kita akan [...]
Posted by: iammuslimah on: September 26, 2008
Sedar tak sedar, Ramadhan kian menutupkan tirainya.. sungguh pantas masa berlalu sehingga sebulan dirasakan seminggu.. Inilah salah satu tanda kiamat semakin hampir.. Namun, ditahap manakah kesedaran kita? Cuba kita sama-sama muhasabah diri, adakah kita melakukan perubahan untuk diri kita sepanjang Ramadhan kali ini? Adakah kita menggunakan seluas-luas peluang yang Allah berikan kepada kita sepanjang tempuh [...]
Posted by: iammuslimah on: September 24, 2008
Nukilan: Ukhti Annisaul Jihad
Wahai saudara seakidahku, belahan cinta perjuanganku,
Kini semboyan bergema lagi,memanggil para mujahidin membawa panji…turun ke lapangan ummah, membawa amanah menempuh mehnah…membebaskan ummat ini dari belenggu kezaliman jahiliyah…
Saudaraku, mungkin kita bukan Umar atau Ammar yang setia menjulang panji agama Islam yang mulia, namun ayuh bersama kita titip, kita sisip semangat perjuangan mereka atas landasan [...]
Posted by: iammuslimah on: September 12, 2008
nukilan: Uktie Annisaul Jihad
Syabab, jiwa mudamu perlukan pengisian. Ruhmu perlukan pimpinan, akalmu inginkan pengetahuan dan jalan hidupmu perlukan panduan dan bimbingan.Lantaran itu, dari sumber mana pula akan ditemui tangan-tangan ikhlas menghulur bantuan?
Oleh kerana itulah wujudnya pimpinan yang memimpin dan diri yang dipimpin. Dalam konteks sosial seorang mahasiswa, di zaman kampus inilah bakat memimpin dijana. Kita [...]
Posted by: iammuslimah on: September 10, 2008
HASIL KARYA: UKHTIE ANNISAUL JIHAD..
Sekadar perkongsian, sebening warkah dhaif yang pernah dinukilkan.moga dapat dimanfaatkan buat diri kita dan para sahabat yang lain keseluruhannya.
Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh…
Salam penuh kerinduan buat saudara seakidah yang ana sayangi
kerana Allah SWT…
Mungkin panjang juga coloteh ana.Namun harapnya sedikit masa sudi diberikan untuk menelaahnya. Moga-moga, sedikit masa membacanya dikira sebagai ibadah oleh Allah Yang [...]
Posted by: iammuslimah on: May 7, 2008
Suatu hari, seorang bapa dari sebuah keluarga yang kaya raya membawa anak lelakinya ke dalam sebuah kampung dengan tujuan menunjukkan kepada anaknya itu kehidupan orang-orang miskin. Mereka bermalam selama beberapa hari di sebuah ladang yang didiami oleh golongan yang sangat miskin.Di dalam perjalanan pulang, si ayah bertanya kepada anaknya, “Macam mana percutian kita kali ni?”
Si [...]
Posted by: iammuslimah on: April 12, 2008
Walaupun majilis pewarisan sudah berlalu dan saf kepimpinan baru telah telah mula menjalankan tugas, disini ana ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan TAHNIAH dan TAKZIAH kepada pemimpin-pemimpin yang telah berjaya terpilih.
Ramai yang tidak berpuas hati kerana pimpinan ini diterajui oleh kaum hawa. Ana tidak memikirkannya sebagai satu isu untuk kita persoalkan atau memperbesarkan hal [...]
Posted by: iammuslimah on: March 24, 2008
tetiba je nak ana nak kongsi pasal ke”confius”an ana.. ana pelik, knape umat islam skrg tahu bahawa perbuatannye berdosa, tp still nak buat. Baru2 nie, ana ade bersembang ngan sahabat ana. Dia kata, tak pe tak pakai tudung.. semua umat islam akan masuk syurga.. Ya Allah, fikirkanlah sahabat2. sanggupkah kita menjejakkan kaki ke neraka?? sanggupkah!! [...]
Posted by: iammuslimah on: March 21, 2008
Cinta luar biasa..
Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
Hingga pada hembusan nafasnya yang terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti..
Ummati.. ummati.. ummati..
Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah..
Meninggalkan isteri di malam pernikahan..
Lantaran menyahut seruan jihad..
Akhirnya syahid di medan perjuangan..
Cinta luar biasa..
Seteguh kasih Khadijah..
Tak pernah jemu memberikan sokongan..
Rela mengorbankan segala kemewahan..
Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan. .
Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan [...]
Posted by: iammuslimah on: March 11, 2008
Di sini ana titipkan pengalaman ana semasa menjadi calon untuk pilihanraya kampus di salah sebuah ipta. Sesungguhnya, pengalaman saat itulah telah banyak mematangkan ana walaupun terpaksa menelan kepahitan.
Pada suatu hari seorang ukhti telah berjumpa ana dan meminta ana menjadi calon bagi sebuah persatuan. Pada mulanya ana agak berat hati untuk membuat keputusan. Tetapi pada malam [...]
cetusan pemikir