Mardhotillah…

Tazkiratul Maut…(mengingati mati)

Posted by: iammuslimah on: October 8, 2008

Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar khabar tentang kematian. Kita haruslah mengambil ikhtibar dari setiap kematian kerana ia tidak mengenal umur. Oleh itu kita haruslah sentiasa bersedia menempuh alam maut.  

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57)

 Mengingati mati menyedarkan kita bahawa hidup ini amat singkat dan kita akan dihadapkan ke hadapan Allah dengan hanya berbekalkan amalan dan amal ibadat kita. Mati adalah jambatan yang menghubungkan kehidupan kita di dunia dengan kehidupan di akhirat. Saat kematian itulah yang menjadi penentu kita di akhirat kelak. Sekiranya amalan kita ketika di dunia ini baik maka kita akan menerima ganjaran yang baik di akhirat kelak. Dan demikianlah jika sebaliknya.

Ciri- ciri mukmin yang mengingati mati:

¨    berlumba-lumba membuat kebaikan dan amal soleh

¨    berlumba-lumba melakukan kebajikan.

¨    membayangkan nikmat dan ganjaran yang bakal diterima di akhirat kelak

¨    takut untuk melakukan kemungkaran

 Islam telah datang dengan mengajar umatnya supaya mengingati mati atau tazkiratul maut sebagai sumber kekuatan dalam setiap tindakan demi menjamin keharmonian hidup masyarakat yang bebas daripada kemungkaran dan perbuatan yang merosakkan.

1 Response to "Tazkiratul Maut…(mengingati mati)"

salam…

syukran sahabat2 sbb sudi bertamu ke rumah ana utk berhari raya… hmmm… resepi ayam? insyaALLAH ana akan buka kelas bagaimana belajar utk buat ayam ala2 Boyan Fried Chicken pada khemah ibadah yang akan datang… insyaALLAH…

kullu nafsin dzaa iqatul mauut….

Leave a Reply

Renungan..

Tak ada faedahnya perkataan tak disertai perbuatan, tak ada faedahnya kepandaian kalau tidak di sertai budi, tidak ada faedahnya kekayaan kalau tak di sertai rasa santun, tak ada faedahnya pengorbanan kalau tak disertai niat suci, tak ada faedahnya hidup kalau tidak di sertai kesihatan, tidak ada faedahnya negara makmur kalau di sertai hati penduduknya kecewa. -HAMKA_

Kalendar

October 2008
M T W T F S S
« Sep   Feb »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Destinasi Pencarian…

website counter

Status Blog

blog readability test