Posted by: iammuslimah on: September 12, 2008
Nukilan: Ukhtie Annisaul Jihad..
Saat ini, siapakah pemimpin mahasiswa kita?
Adakah dia seorang ulama?
Adakah dia seorang cendikia?
Atau dia hanya sama seperti kita?
Masih enak dibuai mimpi mekar sonata jiwa remaja?
Hakikatnya, pemimpin mestilah berbeza.
Dia mesti tegas dalam beragama,
Punyai prinsip dan jelas hala tuju inspirasinya untuk semua.
Dia adil dalam meletakkan amanah pada haknya.
Pada diri pemimpin mahasiswa itu,
Ada ketenangan wajah mengubat duka rakan sekampusnya,
Ada kasih setia yang mengalir tanpa ada bezanya,
Ada keikhlasan dalam menunaikan tanggungjawabnya…
Jadi, tanyalah minda soal pada hati?
Siapa sebenarnya pemegang watak kepimpinan mahasiswa kami?
September 15, 2008 at 5:37 pm
sekadar merenung seketika…
pd masa ini kita tiada pemimpin, diri ini adalah pemimpin diri bagi menuju memimpin yg lebih besar…
** walaupun tiada daya n kekuatan, namun kena kuat menhadapi…. sape lagi nak memimpin kalau bukan kita.. kena “tamak” bagi hapuskan musuh2 laknatullah…”