Pemimpin

      Walaupun majilis pewarisan sudah berlalu dan saf kepimpinan baru telah telah mula menjalankan tugas, disini ana ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan TAHNIAH dan TAKZIAH kepada pemimpin-pemimpin yang telah berjaya terpilih.

 

Ramai yang tidak berpuas hati kerana pimpinan ini diterajui oleh kaum hawa. Ana tidak memikirkannya sebagai satu isu untuk kita persoalkan atau memperbesarkan hal ini. Ini kerana, dewasa ini wanita telah berdiri seiring dengan lelaki. Ada sebab mengapa peneraju MTM ini dipilih dari kalangan hawa. Oleh itu, bersama-sama kita berkerjasama tanpa memikirkan kaum adam atau hawa yang memimpin. Yang penting, kita dapat disatukan dan sentiasa memberi teguran dan menjauhi diri daripada berkata di belakang.

 

Tak dinafikan bahawa tugas sebagai pemimpin adalah tugas yang paling besar. Apabila di akhirat kelak, kita akan disoal oleh Allah tentang apa yang telah kita lakukan. Pemimpin bukanlah pemimpin negara sahaja malah kita adalah pemimpin untuk di sendiri.  Kita lihat diri kita dahulu, mampukan kita memimpin diri kita sendiri? Cuba kita renungkan, mampukan kita memimpin diri kita untuk bangun subuh tepat pada waktunya?? Jikalau mampu Alhamdulillah. Jika tidak, inikah contoh pemimpin yang bagus. Sedangkan diri sendiri tak terpimpin, inikah lagi orang lain.

 

Sahabat-sahabat, memegang amanah sebagai pemimpin digambarkan di dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bahawasanya sebelah kakinya di dalam syurga dan sebelah lagi di neraka. Seandainya kepimpinan melaksanakan amanah dengan cara dan perlaksanaan yang berlandaskan Quran dan Sunnah dengan penuh amanah, maka terselamatlah dia. Andai sebaliknya, maka nerakalah tempatnya. Nauzubillah..

8 Comments

  1. are-in said,

    April 13, 2008 at 3:20 pm

    ermmm…sy bersetuju dgn pendapat ana… x perlulah dipertikaikan sama ada pemimpin itu dr glongan hawa atau adam… tetapi yang penting mstilah menjalnkn tanggungjawab itu dgn baik.

    Iammuslimah: Betul..betul…

  2. mimi said,

    April 15, 2008 at 7:04 pm

    ana………………………………… :)

    iammuslimah: Ya…

  3. Nur Hakim said,

    April 16, 2008 at 2:21 am

    Aroyyo Machapagal adalah seorang wanita, akhirnya negara porak peranda…
    Benazir Buttho juga seorang wanita, akhirnya meninggal hangus dimamah ledakan bom rakyat…

    Jangan lupa…
    Siti Khadijah adalah seorang pemimpin..
    Aisyah humairah juga seorang pemimpin…

    Kerana wanita bangkit memimpin,
    lelaki malu kerana dipimpin,
    siapakah punca segalanya.
    “Seorang lelaki yang juga bernama pemimpin… ”
    Bukan berpunca daripada lelaki yang dipimpin oleh pemimpin lelaki… tapi pemimpin lelaki yang memimpin lelaki dan wanita…. cuba teka siapa? sysss…..

    iammuslimah: Huh, susah nak faham ayat nie..

  4. qdetactive said,

    April 16, 2008 at 5:27 am

    salam ziarah, saya setuju dengan kata-kata kalian. Insyallah dengan berkat doa saya akan jalankan amanah yang diberi sebaiknya.

    Iammuslimah: Salam sesegar telaga kauthar. Kami akan sentiasa mendoakan. :)

  5. iz_nfmy said,

    April 18, 2008 at 11:32 pm

    sy jg stuju dgn ana..bkn menidakkan kebolehan L sbg pemimpin tapi xslh klau P yg memimpin..asalkan xlari dari landasan yg sebenar..
    sama2 kte doakn saf MTM yg baru ni bjaye menjlnkn tggjwb mrk dgn baik..amin..

  6. qdetactive said,

    April 19, 2008 at 2:09 am

    amin

  7. kimie said,

    April 20, 2008 at 2:08 pm

    assalamualaikum

    salam perkenalan

    nice blog

    p/s-nama tunang saya juga Farhana..

    iammuslimah: Wa’alaikumussalam wbt. Salam ukhwah.. Syukran.. Ye ke, nama yg glamour katakan…hehehe.. insyaAllah, ana akn doakan kebahagian antum sehingga ke anak cucu..

  8. musafir87 said,

    May 1, 2008 at 5:25 pm

    kimie, sampai sini berjalan yer.
    selamat berjuang farhana.

    iammuslimah: Biar la die.. nak merantau.. hehehe..
    Syukran shahidan.. Hayya bil jihad..

Post a Comment