Mardhotillah…

1500 yang menyusahkan

Posted by: iammuslimah on: April 8, 2008

Bermula dari pagi hinggalah saat ini, handphone ana asyik berbunyi menandakan message tak henti-henti masuk. Ana berasa sangat pelik kerana org yang sudah lama menyepikan diri turut mengambil kesempatan menghantar massage kpd ana. Kepelikan ana bertambah tatkala ada yang menghantar sehingga mencecah 10 message. Setelah di kaji, tahulah diri ini bahawa mereka semua ingin menghabiskan 1500 message yang hanya dikenakan bayaran sebanyak RM1. Jikalau tidak, bayaran RM3 akan dikenakan jika tidak menghabiskannya sehingga jam 6petang ni.

Yang ana tak gemar ialah mengganggu masa ana. Bayangkanlah terpaksa mambelek hphone dan mendelete message lama supaya message baru dapat masuk. Ini kerana hphone ana hphone murahan yang ada hadnya untuk menyimpan message. Terganggu sebentar hidup ana. Tak salah untuk menggunakan kelebihan yang MAXIS tawarkan. Cuma yang salahnya membeli tawaran tersebut mengikut perasaan bukannya kepeluan. Tak cukup murahkah dgn 1 message/1sen (kampus zone). Fikir-fikirkanlah..   

p/s: Pendapat ana je.. Sekadar lontaran.

5 Responses to "1500 yang menyusahkan"

Assalamualaikum..
Sajak untuk Blog Destinasiku…

Destinasi ini
Membawa diri ke alam insan
Kejahilan berganti keimanan
Penuh cabaran pasti
Pedihnya menahan perasaan
Terduduk kaku merintih
Air tangisan mengalir jernih
Tatkala dihina di hadap manusia

Destinasi ini
Memendam rasa
Akan sebuah kisah
Penyiksaan manusia pada insan
Kata nista fitnah tomahan
Berkaki empat terus berjalan
Jatuh bangun adat kehidupan
Pada mereka yang rindukan Tuhan
Wajib untuk diteruskan

Destinasi ini
Mengajar seribu pengertiannya
Bagi manusia yang berakal
Namun bukan pada yang dangkal
Dalam menilai dan mentafsir
Mengapa terjadi insan dan alam

Destinasi ini
Bukan ilusi atau mimpi
Kerana pasti akan satu realiti
Hilang tidak berganti pergi membawa diri
Dosa jadi balasan
Amalan jadi bekalan

Iammuslimah : Syukran sohabati. Bersama menghidupkan dunia blogging sebagai satu medan dakwah. InsyaAllah.

nak bg sajak jugaklah..hehe

adinda
jerit perih perjuangan bukan 1kebetulan
tapi aturan Tuhan buat hamba yg beriman
sabarkan hatimu
kerna kau tau disitu ada cahaya

adinda
ukhuwah fillah yg bersemi bukan 1 yg kekal
kerna disitu ada dugaan yg memilih iman
teruskan rasa husnuzon
agar suulzon tidak membekas

adinda
usia dan iman anugerah terhebat
tetapi semua itu pinjaman
agar kau kembali berbakti
menjadi little khaliph di bumi hijau ini

adinda
di musim final exam ini
carilah hati sendiri dengan segala ketentuan
kerna disitulah punca kehidupan…

salam sayang
kakanda

Terharunye… Syukran kpd k.calm n Luqman. tak tau nak cakap ape. Sajak-sajak nie sangat best.. ana doakan agar kt akan terus melangkah menuju mardhotillah. Semoga berjaya di dunia dan akhirat. Ukhwah fillah, pencetus mahabbah, pencerna mawaddah.,

salam…banyak la plak sajak frhana dpt yek?akak tak reti nk wat sajak.. =) just wanna wish u good luck in final exam (~ _^) truskan mnulis..

wa’alaikumussalam wbt. a’ah.. bestla dpt sajak nie.. nak simpan buat koleksi. 1st time dpt sajak nie.. hehe.. syukran. Good luck too..

Leave a Reply

Renungan..

Tak ada faedahnya perkataan tak disertai perbuatan, tak ada faedahnya kepandaian kalau tidak di sertai budi, tidak ada faedahnya kekayaan kalau tak di sertai rasa santun, tak ada faedahnya pengorbanan kalau tak disertai niat suci, tak ada faedahnya hidup kalau tidak di sertai kesihatan, tidak ada faedahnya negara makmur kalau di sertai hati penduduknya kecewa. -HAMKA_

Kalendar

April 2008
M T W T F S S
« Mar   May »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Destinasi Pencarian…

website counter

Status Blog

blog readability test