Mardhotillah…

Wanita..

Posted by: iammuslimah on: December 2, 2007

Kau digelar sebagai penyeri dunia 

hadirmu melengkap hubungan manusia

bukan saja dirindui yang biasa

malah adam turut sunyi tanpa hawa

Akalmu senipis bilahan rambut

tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu

jua hatimu bak kaca yang rapuh

kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki

bukan dari kaki untuk dialasi

bukan dari kepala untuk dijunjung

tapi dekat di bahu untuk lindung

dekat jua di hati untuk dikasihi

engkaulah wanita hiasan duniawi

mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok

jika datangnya dari kayu yang bengkok

begitulah peribadi yang dibentuk

engkaulah wanita istimewa

Didiklah wanita dengan keimanan bukannya harta

ataupun pujian kelak tidak derita

berharap pada yang binasa

engkaulah wanita istimewa

sedarilah insan istimewa

bahawa kelembutan bukan kelemahan bukan jua penghinaaan dr TUHAN

bahkan sebagai hiasan kecantikan..

 Lirik Nasyid: DeHearty 

Leave a Reply

Renungan..

Tak ada faedahnya perkataan tak disertai perbuatan, tak ada faedahnya kepandaian kalau tidak di sertai budi, tidak ada faedahnya kekayaan kalau tak di sertai rasa santun, tak ada faedahnya pengorbanan kalau tak disertai niat suci, tak ada faedahnya hidup kalau tidak di sertai kesihatan, tidak ada faedahnya negara makmur kalau di sertai hati penduduknya kecewa. -HAMKA_

Kalendar

December 2007
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Destinasi Pencarian…

website counter

Status Blog

blog readability test