Posted by: iammuslimah on: April 2, 2009
Geram rasanyer apabila ada dikalangan kwan2 yang mempermainkan kuasa Allah… Adakah patut menyamatarafkan kuasa Allah dengan kuasa manusia. Ana tak salahkan dia.. Mungkin dia masih dalam proses menuntut ilmu.. Al-kisahnye bermula begini:
**** :Buat ape tue?
ana : System (FYP)
**** : Buat system ape?
**** : Sistem masuk syurga ke? (ketawa terbahak2)
Bagi pendapat ana, tidak sepatutnya dia berkata demikian kerana sistem untuk masuk syurga talah Allah tetapkan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.. Ana tak tahula sama ada mahu memerli ana ataupun hanya bergurau semata-mata.
Ingatlah sahabat-sahabat sekalian, bergurau ada batasnya..

Posted by: iammuslimah on: February 21, 2009
Hasil Nukilan : Ukhtie Annisaul Jihad
Salam setulus nurani insan yang masih mendambakan secebis nikmat
kemanisan iman.Wahai saudara seakidahku, para cendikiawan di gedung ilmu.Kalian adalah kilauan “pedang ummah” yang bakal berjuang mempertahankan keamanan. Ketika detik ini, dimanakah posisi kalian dalam usaha mempertahankan saudara seakidah kita di bumi Palestin? Adakah kita sekadar menyeka air mata saat melihat sekujur tubuh anak kecil di Gaza menjadi mangsa Israel dan sekutunya? Atau kita masih tegar bergelak tawa melihat darah saudara kita menyimbah maruah umat yang ramai namun gagahnya hanya seperti busa.
Busa atau bebuih di lautan yang bagaikan tiada daya langsung mengubah keadaan? Kenapa? Kerana kita masih lena lantaran nikmat yang ada di depan mata. Kita biarkan Israel merajai minda dan menguasai hati dan jiwa. Tanpa secebis rasa berdosa, kita membantu bangunkan ekonomi mereka. Rokok dan barang tajaan dana mereka masih dibeli dengan relanya. Bayangkanlah,berfikir seketika dengan keuntungan hasil jualan itulah mereka membeli senjata untuk meragut nyawa saudara kita.
Ayuh, bangkitlah dari mimpi yang belum pasti. Kita susun semula langkah untuk menyelamatkan ummah ini. Boikot barangan keluaran Israel dan sekutunya. Kemudian, bentengi pula minda dari hedonisme bawaan mereka. Keseronokan infiniti yang mereka janji itu hanya akan berakhir dengan kemusnahan diri sendiri.
Jadi, segera pulihkan umat ini. Perteguhkan iman dan mantapkan amal kebaikan. Cegah kemungkaran agar diselamatkan dari azab kemaksiatan. Kita harapkan umat yang hidup tanpa permusuhan, bersatu menentang kezaliman.
Posted by: iammuslimah on: October 8, 2008
Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar khabar tentang kematian. Kita haruslah mengambil ikhtibar dari setiap kematian kerana ia tidak mengenal umur. Oleh itu kita haruslah sentiasa bersedia menempuh alam maut.
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57)
¨ berlumba-lumba membuat kebaikan dan amal soleh
¨ berlumba-lumba melakukan kebajikan.
¨ membayangkan nikmat dan ganjaran yang bakal diterima di akhirat kelak
¨ takut untuk melakukan kemungkaran
Islam telah datang dengan mengajar umatnya supaya mengingati mati atau tazkiratul maut sebagai sumber kekuatan dalam setiap tindakan demi menjamin keharmonian hidup masyarakat yang bebas daripada kemungkaran dan perbuatan yang merosakkan.
Posted by: iammuslimah on: October 8, 2008
Ana sangat bersyukur kerana pada tarikh ini ana dapat mencapai satu target yang telah ana tetapkan untuk diri ana sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. Tatkala hati gembira, diri ini dikejutkan dengan berita pemergian salah seorang cikgu yang juga merupakan jiran ana akibat dari kemalangan. Walaupun cikgu tidak pernah mengajar ana, namun suaminya ustaz hilmi adalah ustaz yang telah mengajar ana subjek bahasa arab dan berjaya memupuk ana untuk meminati subjek tersebut. Ustaz lah yang banyak mendorong ana sehingga berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan pidato bahasa arab menengah rendah peringkat daerah.
Ketika sedang asyik membantu emak di dapur untuk menyiapkan juadah berbuka, abah datang dan mengkhabarkan tentang pemergian cikgu eisah. Hati terlalu sayu memikirkan keadaan anak-anak cikgu seramai 8 orang dan yang paling tua baru mencecah 15 tahun. Waktu itu ana melihat mata mak sudah kemerah-merahan. Mereka adalah sahabat baik. Sama-sama menceari rezeki dengan menjual tudung-tudung dan jubah-jubah. Sambil menjual, sambil berdakwah..
Kemalangan berlaku ketika ustaz dan cikgu baru pulang dari Ipoh membeli kereta baru. Ketika itu, cikgu sedang mengandung 4 bulan. Mereka memandu berasingan. Kata ustaz, cikgu yang memilih warna kereta baru tersebut. Warna putih. Ketika sedang memandu, ada sebuah kereta dari arah bertentangan merempuh kereta cikgu. Cikgu tersepit. Pada waktu yang sama ada sebuah ambulans dari Ipoh melintasi kawasan kemalangan tersebut. Salah seorang DR. Memberikan rawatan, namun tidak dapat diselamatkan kerana kecedaraan yang dialami oleh cikgu sangat parah… Cikgu meninggal di tempat kejadian..
Selepas solat isya, ana mengikuti abah dan mak ke hospital untuk melihat allahyarhamah untuk kali terakhir. Apabila sampai di kawasan rumah mayat, ana terlihat anak-anak cikgu. Hati ini terlampau hiba sehingga menitiskan air mata sesiapa sahaja yang melihatnya. Ana mengikuti abah berjumpa dengan ustaz. Melihat keadaan ustaz, hati ini bertambah sayu. Masa kelihatan tompok-tompok darah di baju ustaz. Pada masa yang sama terdengar sayup-sayup takbir raya dari masjid jamek yang kedudukannya berhampiran dengan rumah mayat. Hati siapa yang tak sedih???
Selepas beberapa minit menanti, mak ana mengajak ana memandikan jenazah. Rasa takut menerpa dalam diri. Tapi, niat ana ingin belajar dan membantu cikgu, ana memberanikan diri. Inilah pengalaman kali pertama ana terlibat dalam proses memandikan jenazah. Selama ini ana hanya mengikuti kursus-kursus pengurusan jenazah dan semasa ana darjah 6, ana pernah melihat jenazah opah ana dimandikan. Tapi, ana hanya memerhat. Tapi berlainan untuk kali ini. Ana bersama sahabat ana dan beberapa lagi orang dewasa yang telah expert membantu dalam proses berkenaan sehinggalah proses mengkhafankan jenazah. Apabila semuanya selesai, ustaz dan anak-anaknya masuk untuk menatap wajah cikgu buat kali terakhir. Sekali lagi hati ini sebak melihat anak-anak ustaz mencium wajah ummi mereka. Cuma yang kecik sekali takut. Maklumlah budak kecil masih belum memahami apa-apa. Ustazlah orang terakhir yang mencium wajah isterinya. Sungguh, sesiapa yang melihatnya pasti akan menitiskan air mata.
Proses seterusnya ialah menyembahyangkan jenazah. Ramai yang menyembahyangkan jenazah yang majoriti terdiri daripada anak murid cikgu dan ustaz. Apabila semuanya selesai, kaum hawa pula membacakan surah yassin sementara menunggu van jenazah sampai untuk membawa jenazah cikgu balik ke kelantan untuk dikebumikan di sana. Lebih kurang pukul 11 lebih van jenazah tiba dan jenazah cikgu dibawa pergi.
Pengalaman terlibat dalam proses menguruskan jenazah secara ’real’ membuatkan ana bertambah berani. Pengalaman seperti ini ana akan gunakan untuk menghadapi hari seterusnya. Marilah sama-sama kita sedekahkan surah al-fatihah kepada allahyarhamah. Semoga cikgu ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah..
Posted by: iammuslimah on: September 26, 2008
Sedar tak sedar, Ramadhan kian menutupkan tirainya.. sungguh pantas masa berlalu sehingga sebulan dirasakan seminggu.. Inilah salah satu tanda kiamat semakin hampir.. Namun, ditahap manakah kesedaran kita? Cuba kita sama-sama muhasabah diri, adakah kita melakukan perubahan untuk diri kita sepanjang Ramadhan kali ini? Adakah kita menggunakan seluas-luas peluang yang Allah berikan kepada kita sepanjang tempuh Ramadhan ini?
Sedarkah sahabat-sahabat sekalian, mengapakah Allah memerintahkan kita melaksanakan kewajipan berpuasa ini. Tak lain dan tak bukan hanyalah untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepadaNya. Ini berdasarkan Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqaran ayat 183 “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”. Makna taqwa ialah memelihara diri dari perbuatan yang dimurkai Allah dan melaksanakan perintahNya. Dengan sikap taqwa itu sahajalah manusia dapat menjaga dan memelihara dirinya sendiri. Bahkan Allah telah meletakkan darjat orang bertaqwa ini pada tempat yang paling mulia. Allah berfirman dalam surah al-hujurat ayat 13 yang bermaksud, ” … Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.”
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Ramadhan adalah bulan yang amat bermakna bagi seluruh umat islam. Di bulan inilah Allah memberi banyak bukti tanda cintaNya kepada kita semua. Cinta yang terbukti dan bukannya hanya di bibir sahaja seperti cinta zaman sekarang. Bukti ini adalah bukti kukuh melalui al-quran dan hadis. Namun, sudahkan kita membalas cintaNya. ”Jika Ramadhan datang, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. ” (HR, Bukhori Muslim). Hadis ini menunjukkan bahawa Ramdhan adalah hadiah istimewa yang allah kurniakan untuk kita selaku umatNya hanya sebulan dalam setahun. Banyak bonus-bonus istimewa yang hanya diberikan Allah di dalam bulan ini sahaja.. Allah telah menutup pintu-pintu neraka, membuka pintu-pintu syurga, dan syaitan pula di belenggu.. Sahabat-sahabat, musuh utama kita dibelenggu… ” …Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu” (Suran Yaasiin: 60). Takkan kita mahu mensia-siakan ramadhan begitu sahaja?? Peluang sungguh terbuka luas untuk membuat amal kabaikan, menambahkan akaun pahala tanpa melalui halangan yang besar.
Seharusnya, kita menggunakan peluang-peluang yang ada sepanjang tempoh Ramadhan ini sebaik yang mungkin. Sebagai tanda cinta kita kepada Khaliq. Bulan Ramadhan ini, Allah memberikan banyak motivasi kepada kita. Cuma, ini bergantung kepada kesedaran kita sendiri. Samada kita menganggap bulan Ramadhan hanyalah bulan untuk berpuasa sebelum menyambut hari raya ataupun bulan ibadah dan bulan untuk membentuk peribadi kita menjadi menjadi muslim yang sebenar.
Ramadhan juga adalah bulan penyucian daripada dosa. “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap redha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.” (HR Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah). So, apa yang ditunggu lagi.. masih ada masa untuk kita menggunakan baki-baki yang ada di bulan Ramadhan dengan sebaik yang mungkin. Masa ada waktu.. masa itu amat bermakna walaupun seminit. Apa lagi yang ditunggu??? Ramadhan akan datang??? Adakah Allah akan melanjutkan usia kita???
Selagi nafas kita belum terhenti, selagi kudrat kita semakin kuat, selagi badan kita sihat, marilah kita bersama-sama meningkatkan amal ibadah kita sebagai persediaan untuk bertemu Pencipta..
Posted by: iammuslimah on: September 24, 2008
Nukilan: Ukhti Annisaul Jihad
Wahai saudara seakidahku, belahan cinta perjuanganku,
Kini semboyan bergema lagi,memanggil para mujahidin membawa panji…turun ke lapangan ummah, membawa amanah menempuh mehnah…membebaskan ummat ini dari belenggu kezaliman jahiliyah…
Saudaraku, mungkin kita bukan Umar atau Ammar yang setia menjulang panji agama Islam yang mulia, namun ayuh bersama kita titip, kita sisip semangat perjuangan mereka atas landasan takwa…kita berjuang bukan kerana cintakan dunia, tapi kita berperit jerih dimedan ini kerana cintakan syahid di jalanNYA…
Saudaraku, biar di posisi manapun kita berdiri, pastikan musuh tidak akan pernah aman untuk mencerobohi benteng kedaulatan dustur Illahi…moga kita bersama di medan ini…saling berpaut tika panji kita semakin berani dinodai mereka yang memusuhi…kita saling melengkapi biarpun cuma sebagai lidi kecil yang lemah jika sendiri, namun mampu membakar musuh jika bersatu hati…
Ya Rabbi…Ya ILLahi…
Izinkan kami bersatu membawa panji agama-MU…
Bergerak segenap upaya menabur usaha dengan izin-Mu,
Pasrah dan tawakkal menanti keputusan dari sisi-Mu….Amin….
selamat berjuang sekali lagi dan akan berkali-kali di pentas ini…
Posted by: iammuslimah on: September 12, 2008
Ukhtie Annisul Jihad yang ana kagumi,
Syukran uktie.. ana berterima kasih kepadamu kerana sering mengingatkan ana tentang hakikat kehidupan, sering mengingatkan ana tentang kasihnya TUHAN, tentang perjungan, tentang pengorbanan…
Ukhtie, semangat uhtie yang inginkan… keberanian uktie dalam menegakkan amar makruf nahi mungkar yang ingin ana contohi..kepetahan kata-kata ukhtie bisa membuatkan hati yang keras menjadi lembut.. hati yang kosong, terisi dengan kalimah-kalimah yang lahir dari hati ukhtie..
Ukhtie, terlalu cepat masa berlalu.. akan tiba juga masa untuk kita berpisah.. Ana tidak inginkan perpisahan itu terjadi.. tapi, jika semuanya kerana Allah, kita akan bisa tempuhi..
Bicara ana, bukanlah bicara yang kosong.. Ana harap ukhwah yang terjalin antara kita akan kekal sampai ke akhirnya.. Ketahuilah, hati ini amat menyanjungimu sebagai seorang kakak dan sahabat yang berharga buat diriku.. Ukhwah Fillah, Pencetus Mahabbah, Pencerna Mawaddah…
Posted by: iammuslimah on: September 12, 2008
Nukilan: Ukhtie Annisaul Jihad..
Saat ini, siapakah pemimpin mahasiswa kita?
Adakah dia seorang ulama?
Adakah dia seorang cendikia?
Atau dia hanya sama seperti kita?
Masih enak dibuai mimpi mekar sonata jiwa remaja?
Hakikatnya, pemimpin mestilah berbeza.
Dia mesti tegas dalam beragama,
Punyai prinsip dan jelas hala tuju inspirasinya untuk semua.
Dia adil dalam meletakkan amanah pada haknya.
Pada diri pemimpin mahasiswa itu,
Ada ketenangan wajah mengubat duka rakan sekampusnya,
Ada kasih setia yang mengalir tanpa ada bezanya,
Ada keikhlasan dalam menunaikan tanggungjawabnya…
Jadi, tanyalah minda soal pada hati?
Siapa sebenarnya pemegang watak kepimpinan mahasiswa kami?
Posted by: iammuslimah on: September 12, 2008
nukilan: Uktie Annisaul Jihad
Syabab, jiwa mudamu perlukan pengisian. Ruhmu perlukan pimpinan, akalmu inginkan pengetahuan dan jalan hidupmu perlukan panduan dan bimbingan.Lantaran itu, dari sumber mana pula akan ditemui tangan-tangan ikhlas menghulur bantuan?
Oleh kerana itulah wujudnya pimpinan yang memimpin dan diri yang dipimpin. Dalam konteks sosial seorang mahasiswa, di zaman kampus inilah bakat memimpin dijana. Kita mengajak diri untuk dipimpin dan berusaha memimpin orang lain ke arah suatu matlamat yang jelas. Kita mahukan kecemerlangan yang tidak terbatas. Cemerlang bukan sekadar pada segulung ijazah, tapi seiring cemerlang sebagai aset ummah. Berbakti dan berbudi, berakhlak dan teguh peribadi.
Posted by: iammuslimah on: September 10, 2008
HASIL KARYA: UKHTIE ANNISAUL JIHAD..
Sekadar perkongsian, sebening warkah dhaif yang pernah dinukilkan.moga dapat dimanfaatkan buat diri kita dan para sahabat yang lain keseluruhannya.
Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh…
Salam penuh kerinduan buat saudara seakidah yang ana sayangi
kerana Allah SWT…
Mungkin panjang juga coloteh ana.Namun harapnya sedikit masa sudi diberikan untuk menelaahnya. Moga-moga, sedikit masa membacanya dikira sebagai ibadah oleh Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap setiap makhlukNYA…
Saudaraku, lama benar rasanya kita terputus bicara lantaran kesibukan masing-masing menguruskan urusan dunia sebagai bekal untuk berangkat ke negeri sana…Mukaddimah warkah ana yang dhaif ini , hanya ucapan maaf yang mampu ana nukilkan. Maaf kerana tidak pernah pandai menjadi rakan, teman, sahabat atau saudara yang setia menemani tika saat-saat duka datang menyapa.
Saudaraku, belahan cinta perjuanganku…
Melalui denai rimba perjuangan di alam kampus menjanjikan sejuta malah ribuan juta dugaan dan cabaran.Namun, Alhamdulillah, kita tetap ada Allah SWT sebagai tempat sebaik- baik sandaran dan pergantungan…Cuma, ana ingin singgah sekejap berziarah ke laman hati kalian…Apa khabar iman yang pernah mekar mewangi bersama kuntuman ikhlas dan baja kesabaran? Apa pula cerita istiqamah dan tawakal yang pernah menjadi benteng tatakala rasa diri lemah? Dan apa pula berita dari buku catatan amal kiroman katibin di kanan dan kiri yang tidak pernah mengambil cuti? Apa pula khabar jasad dan diri yang sering diziarah Izrail 70 kali sehari?
Semua jawapannya ada pada kalian…Cuma ayuh kita muhasabah satu persatu setakat terdaya kudrat ana yang Allah pinjamkan sementara berkongsi ilham dan rasa…solat kita sepanjang semester, apa grednya? Ketaatan kita pada ayah bonda, berapa target pointernya? Assigment tanggungjawab sebagai khalifah mentadbir dunia, berapa markahnya? Dan paling penting CGPA cinta kita pada Allah dan Rasulullah SAW, berapa nilainya?
Tapi, sebelum itu, kalian dan diri ana sendiri berpangkat muslimat. Jadi, elok kiranya kita semak juga carrying marks untuk tugasan menutup aurat…hmmm…kenapa perlu semak? Jawapannya sebagai kayu ukur sama ada benar atau tidak kita mahu menjadi pemburu syurga atau bermain-main di jurang an-nar yang terlalu berbahaya…Menutup aurat itu perintah daripada Allah SWT…aurat itu umpama jendela bagi jalan kemaksiatan, andai tergamak membuka aurat, bermakna sangguplah pula membuka jendela kepada maksiat ….
Sekian dulu, rasanya warkah merangkap ucapan salam ramadhan …moga-moga Ramadhan ini terisi dengan bingkisan ilmu yang di kutip sepanjang jalan meniti kedewasaan…kalau masih sudi, sila rujuk lampiran…
Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah dia pembela agama…
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata,
punyai iman miliki takwa….
yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati. Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang,
kerana kita serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, ayuhlah kita redha ketetapan IlLahi”
SALAM MAHABBAH
UKHUWAHFILLAH…
Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu,
tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu” (HadisRiwayat Muslim)
cetusan pemikir